Banjir di Pakistan antara tragedi iklim terbesar abad ini

Banjir di Pakistan antara tragedi iklim terbesar abad ini

ISLAMABAD: Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata banjir yang melanda negara itu adalah antara tragedi iklim terbesar yang pernah disaksikan dunia abad ini.

Banjir itu mengorbankan lebih 1,700 orang dan menjejaskan lebih 33 juta penduduk.

“Misi menyelamat sudah dihentikan tetapi operasi bantuan adalah paling lama pernah dilihat oleh mana-mana negara,” kata menteri iklim itu.

Dianggarkan 20.6 juta orang masih memerlukan bantuan.

Beliau berkata, bahawa banjir sudah menyebabkan nilai kerosakan lebih US$40 bilion (RM187 bilion) seperti dianggarkan oleh Bank Dunia, dibimbangi kerugian dan kerosakan sebenar adalah lebih tinggi daripada anggaran serta meningkat mengikut peredaran masa, lapor Xinhua.

‘Air termenung’ yang membanjiri 11 daerah di selatan Sindh dan wilayah Balochistan menjadikan misi bantuan kemanusiaan sebagai suatu cabaran besar, kata Rehman.

Lebih 4 juta hektar tanaman rosak dan ditenggelami air hingga mengakibatkan 14.6 juta orang berdepan krisis makanan dan pertanian, kata menteri itu.

Hasil eksport Pakistan hampir musnah, malah negara itu perlu mengimport makanan selepas banjir.

Rehman berkata, 15.4 juta lagi penduduk di Pakistan dijangka berada di bawah paras kemiskinan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. BH

Banjir di Pakistan antara tragedi iklim terbesar abad ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker