Mayat lelaki hampir reput dalam rumah

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki yang belum dikenalpasti identiti ditemui hampir reput di dalam bilik tidur sebuah rumah di Blok Lone Pine, Ayer Itam di sini hari ini.

Mayat lelaki yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju itu dijumpai anggota bomba dalam keadaan terbaring di atas tilam.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui hampir reput dalam bilik tidur di sebuah rumah di Blok Lone Pine, yer Itam di sini pagi tadi.



Difahamkan, penduduk perumahan terbabit sebelum itu bertindak menghubungi anggota polis selepas terhidu bau busuk dari kediaman berkenaan sejak awal pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Shahrul Fitri Md. Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan menyelamat mangsa dan membuka pintu rumah yang terkunci daripada pasukan polis pada pukul 11.01 pagi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, anggota kemudiannya bertindak memecah pintu rumah berkenaan dengan menggunakan peralatan khas dengan masa yang diambil kurang tempoh lima minit.

“Sebaik pintu berjaya dibuka, kami menemui mayat satu lelaki tanpa sebarang identiti di bilik tidur rumah tersebut.



“Melihat keadaan mayatnya, kami percaya lelaki itu sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu. Mayat itu kemudiannya telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini sebentar tadi.

Tambahnya, operasi menyelamat mangsa tamat sepenuhnya pada pukul 11.16 pagi tadi. – K! ONLINE.

Mayat suspek larikan Nissan Navara ditemui reput



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker