Kerajaan setuju bayar pampasan RM1.4 juta akibat kematian murid Orang Asli

Takut akan hukuman daripada cikgu kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran, tujuh kanak-kanak lari dari asrama sekolah mereka di Kelantan pada Ogos 2015.

Selepas misi mencari dan menyelamat yang berjalan hampir 50 hari, hanya dua daripada mereka, iaitu Norieen Yaakob, ketika itu 11, dan Miksudiar Aluj, ketika itu 12, yang ditemukan masih hidup, walaupun dalam keadaan lemah di tebing sungai Sungai Perias.

Pada 2018, keluarga kanak-kanak ini memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan kecuaian. Saman itu diselesaikan dan pampasan berjumlah RM1.41 juta.

Peguam Siti Kassim, yang sepatutnya menjadi saksi pertama, peguam pihak keluarga dan wakil kerajaan mencapai persetujuan di luar mahkamah sebaik sebelum kes itu didengar.

Bercakap dengan Malaysiakini, Siti berkata: “Saya rasa ini (jumlah penyelesaian) sejauh yang kita boleh usahakan…Sebelum ini jumlah yang mereka tawarkan begitu kecil dan satu penghinaan kepada keluarga. Sebab itu kita teruskan dengan perbicaraan.

“Jika anda baca pernyataan pembukaan Gurdial Singh (yang mewakili dua kanak-kanak) yang saya muat naik di Facebook, anda dapat melihat betapa seriusnya keadaan.

“Ia menunjukkan jumlah itu, walaupun boleh menjadi lebih tinggi, kami terima berbanding membiarkan kes ini berlarutan untuk banyak tahun lagi. Jadi lebih baik untuk capai persetujuan dan selesaikannya,” kata Siti.

Di laman Facebooknya, Siti berkata dia memuat naik pernyataan itu kerana ia tidak sempat dibaca di mahkamah memandangkan kes telah selesai sebelum perbicaraan bermula.

Terdahulu, The Star melaporkan Siti berkata penyelesaian itu termasuk kos perundangan sebanyak RM60,000 dan tambahan RM160,000 daripada syarikat insurans.

“Kita habiskan begitu banyak masa dan wang untuk sampai ke tahap ini, namun saya berterima kasih kepada pasukan peguam dan pakar yang akhirnya membantu keluarga mengakhiri hal ini (closure).

“Insiden ini menjadi trauma kepada pelajar yang masih hidup dan keluarga terlibat. Kehilangan anak selepas memberi kepercayaan kepada pihak sekolah pastinya sesuatu yang menyakitkan,” katanya seperti dipetik.

Pada minggu lalu, Malaysiakini melaporkan pihak kerajaan dalam hujahnya berkata kematian dan kecederaan tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang dari asrama sekolah di Pos Tohoi, Gua Musang sebahagiannya disebabkan tindakan mereka sendiri.

Dalam pernyataan pembelaan terhadap enam saman terhadap mereka, kerajaan persekutuan dan lapan lagi defendan berkata insiden itu dan akibat yang berlaku sebahagiannya atau sepenuhnya berpunca daripada tindakan cuai pelajar.

Defendan membangkitkan prinsip perundangan “volenti non fit injuria”, di mana tujuh kanak-kanak itu secara sengaja dan cuai telah meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker