Anwar pertahan Zahid berprinsip

Anwar pertahan Zahid berprinsip

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertahankan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi “berprinsip” kerana memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP, yang disifatkannya “sebahagian daripada keluarga kami”.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) sangat benci Zahid bukan kerana kes mahkamahnya, tetapi disebabkan beliau berani membuat keputusan dan berpegang teguh kepada prinsipnya.



“(Beliau) bosan dengan janji palsu Bersatu dan PAS dan berkata (BN) akan bekerjasama dengan mereka yang mempunyai prinsip sama, dan mereka yang mempertahankan tadbir urus baik, rakyat dan Perlembagaan Persekutuan,” katannya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

“Sebab itu mereka (benci) Zahid. Saya mahu orang Pulau Pinang tahu keberaniannya mengambil risiko, walaupun hakikatnya ada kumpulan tidak senang dengannya, ialah sebab kenapa kita mempunyai kerajaan stabil hari ini. Saya berterima kasih dan tabik anda, Zahid.”

Pengerusi PH itu turut mengimbau beliau dihukum ahli PAS kerana bersekutu dengan DAP dan bagaimana Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek didakwa dengan gelaran “barua DAP”dalam sebuah majlis di Relau.

“(Ahli) DAP adalah manusia juga. Jangan hina mereka. Kita boleh bertengkar atas perbezaan dalam beberapa perkara. Tetapi (PN) hina DAP dengan gelarnya komunis, (sedangkan ia) okey dengan Gerakan yang menentang hudud dan tulisan Jawi.



“Saya nak beritahu (Setiausaha Agung DAP) Loke Siew Fook, anda sebahagian keluarga kami. Jangan risau, jangan minta maaf. Ini (Malaysia) tanah anda, anda boleh pergi mana-mana kampung, bandar dan kami akan terus sokong anda setiap kali calon DAP bertanding.”

Katanya, tiada menteri Kabinetnya dikaitkan dengan kes rasuah, lapan bulan selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang merupakan “rekod dalam sejarah negara”.

Jentera perpaduan Pulau Pinang

Terdahulu, Anwar melancarkan jentera perpaduan PH-BN yang akan bertanding dalam PRN Pulau Pinang sebagai satu blok.



Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini.

Jumlah kerusi yang akan ditandingi PH dan BN belum dimuktamadkan. FMT

Anwar pertahan Zahid berprinsip

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker