Pakar bedah otak ‘cederakan’ lebih 200 pesakit ketika pembedahan

Pakar bedah otak ‘cederakan’ lebih 200 pesakit ketika pembedahan

Edinburgh: Pakar bedah otak di Scotland digantung tugas kerana dipercayai mencederakan lebih 200 pesakit dalam pembedahan dikendalikannya, lapor Mirror UK.

Profesor Sam Eljamel, yang bekerja di NHS Tayside antara 1995 dan 2013 disyaki mengakibatkan pesakitnya mengalami komplikasi selepas gagal dalam pembedahan.



Dalam kebanyakan kesnya itu, Eljamel didapati melakukan pembedahan membuang kelenjar air mata dan bukannya tumor otak pesakitnya.

Rata-rata mangsanya meminta siasatan awam dijalankan selepas mereka mengalami kesan buruk akibat pembedahan itu.

Berikutan aduan diterima, Eljamel digantung tugas selepas lembaga tatatertib NHS Tayside meletakkannya di bawah tiga bulan pengawasan, satu tempoh yang dianggap tidak mencukupi.

Walaupun berdepan tuntutan undang-undang pada Februari lalu, doktor itu meneruskan pembedahan ke atas 111 pesakit dalam tempoh enam bulan berikutnya.



Bekas pesakitnya, Maggie McMartin sebelum ini berkata, pembedahan tumor otak dijalankan menyebabkannya mengalami wajah lesu yang kekal.

Dilaporkan Eljamel memotong beberapa saraf ketika melakukan pembedahan pada 2005.

“Pembedahan itu adalah malapetaka kerana pakar bedah memotong beberapa saraf, bermakna bahagian kiri muka saya lesu dan mata saya tidak dapat ditutup.

“Saya mengambil masa yang lama untuk menerima apa yang berlaku kepada saya, keluarga memberitahu wajah saya adalah lambang kehormatan saya,” katanya.



Jules Rose yang saluran air mata dibuang atas kesilapan pembedahan berharap siasatan awam untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di NHS Tayside.

“Kita bercakap mengenai perkara yang berlaku sejak 1995, Eljamel membahayakan pesakit,” kata Rose kepada kepada BBC Radio Scotland pada Jumaat.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas laporan itu diterbitkan pada Khamis, Setiausaha Kesihatan Michael Matheson membayangkan tindakan selanjutnya, namun tidak jelas sama ada ia mungkin siasatan awam atau rujukan kepada suruhanjaya bebas untuk menyokong pesakit terjejas. HM

Pakar bedah otak ‘cederakan’ lebih 200 pesakit ketika pembedahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker