Kadar kebolehjangkitan Covid-19, Ini 4 negeri tertinggi

 

Terus melonjak, catat 4,855 kes baru

Empat negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan (Rt) melebihi 1.2, sekali gus melangkaui jauh kadar purat kebangsaan dan membayangkan bahawa keadaan Covid-19 semakin memburuk.

Untuk rekod kadar kebolehjangkitan wabak itu dihitung dengan unit Rt iaitu merujuk kepada kemampuan virus berkenaan membiak. Kadar Rt melebihi 1.00 menandakan sesuatu wabak semakin menular.

Setakat 17 Mei negeri yang mencatatkan Rt tertinggi ialah Perak (1.26) diikuti Kedah (1.24), Terengganu (1.22) dan Pahang (1.22).

Kadar Rt 1.26 seperti yang dicatat di Perak bermaksud, bagi setiap 100 kes Covid-19, ia akan menjangkiti 126 individu lain dalam setiap kitaran penularan penyakit.

‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi

 

Menurut data yang dikongsi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah, tujuh negeri lain dan beberapa wilayah turut merekodkan Rt melebihi 1.00.

Antaranya Putrajaya (1.16), Negeri Sembilan (1.16), Selangor (1.14), Johor (1.13), Melaka (1.12), Pulau Pinang (1.09) dan Kuala Lumpur (1.08).

Situasi itu bermaksud, terdapat penularan wabak Covid-19 di sembilan negeri dan dua kawasan dalam Wilayah Persekutuan.

Empat kawasan yang lain – Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Sabah dan Kelantan – pula menunjukkan penurunan kadar penularan dengan merekodkan Rt bawah 1.00.

Kadar Rt bagi Malaysia pula setakat semalam ialah 1.06.

Masalah kekurangan katil ICU

KKM turut menganggarkan kes baru Covid-19 akan mencecah 8,000 sehari pada bulan depan sekiranya tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terus lemah.

Peningkatan kes baru akhir-akhir ini mendorong kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga.

 

Bagaimanapun berbeza daripada PKP pertama, kali ini semua sektor perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun majlis sosial tidak dibenarkan.

Di Kedah, semua 28 mukim Kota Setar – termasuk bandar raya Alor Setar – dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPKD).

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam berkata pihaknya mungkin mencadangkan pelaksanaan PKP menyeluruh dan SOP lebih tegas untuk dilaksanakan di Selangor susulan kes baru harian di negeri itu melepasi 1,000 untuk tempoh 13 hari berturut-turut.

Bagaimanapun dia tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Untuk rekod, ketika PKP 1.0, hanya sektor ekonomi ‘penting’ dibenarkan beroperasi.

Sementara itu, sistem perubatan negara juga bergelut untuk menangani perkembangan semasa Covid-19 seperti masalah kekurangan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) selain kesesakan di pusat kuarantin.

Kerajaan menambah baik keadaan tersebut dengan membina hospital medan, menyediakan kontena untuk menyimpan jenazah dan meletakkan katil kuarantin di lot parkir.

Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker