Pemancing jumpa mayat lelaki dalam kolam takungan banjir

IPOH – Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemui pemancing dalam kolam takungan banjir di Sungai Pinji, Taman Indah dekat Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Anggota bomba membawa mayat mangsa lemas yang ditemui dalam kolam takungan banjir di Taman Indah, Tanjung Rambutan, Ipoh hari ini. Foto: Ihsan JBPM

Mayat Daniel Lau Khai Wen, 25, ditemui oleh lelaki berusia 27 tahun itu ketika dia mahu memancing di lokasi berkenaan pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat lelaki terbabit telah dibuat pengecaman oleh bapanya sendiri di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan awal oleh pihak bomba mengesyaki mangsa telah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

“Siasatan mendapati, keluarga mangsa sebelum ini telah membuat laporan polis mengenai kehilangan lelaki itu di Balai Polis Tambun.

“Pihak keluarga memaklumkan yang mangsa seorang pendiam dan bukan seorang yang menceritakan masalah dihadapinya kepada sesiapa.

“Bagaimanapun, adik mangsa memberitahu yang abangnya itu sedih dan marah kerana bertengkar dengan ibu mereka selain menyatakan mahu keluar rumah dan tidak mahu tinggal bersama keluarga,” katanya.

Menurut A. Asmadi, mayat mangsa yang dibawa naik ke tebing oleh pasukan bomba dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.

“Mayat lelaki terbabit akan menjalani prosedur Covid-19 dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – K! ONLINE

“Bapak saya dah tenggelam.” -Lelaki terapung tengah laut selepas bot karam [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker