“Bapak saya dah tenggelam.” -Lelaki terapung tengah laut selepas bot karam [ VIDEO ]

Ajal dan ketentuan merupakan rahsia Allah SWT. Siapa sangka, aktiviti yang biasa dilakukan dan menjadi hobi bersama telah mengundang tragedi yang tidak dapat dilupakan.

Bot karam, bapa dah hilang

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook seorang lelaki dikenali sebagai Faizal Atan telah ditemui terapung di tengah laut oleh pemancing yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Lebih memilukan adalah dia memaklumkan botnya karam dan bapa tersayang sudah tenggelam hilang dari pandangan mata. Suasana panik dan sayu ketika diselamatkan itu benar-benar menyentuh hati.



 

6 jam terapung tengah laut

Posting dikongsi Olan Mclan itu memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10 pagi semalam dan Faizal ditemui pada jam 4 petang di Batu Laut, Banting, Selangor.



Allahuakbar! Semoga urusan dipermudahkan

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dilakukan oleh pihak berkuasa. Muat naik itu telah mendapat perhatian warganet dan memberikan pelbagai komen.

Rata-rata bersimpati serta sedih dengan tragedi menyayat hati itu. Mereka juga mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan bapa kepada mangsa bot karam ditemui segera.

Paling takut keadaan macam ni



Mungkin pemancing tanya sebab risau virus

Sumber: Olan Mclan

Kredit : OHMyMedia

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker