Bursa Malaysia lawan arus serantau untuk ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Selasa, walaupun bursa serantau mencatatkan prestasi bercampur-campur, memandangkan minat risiko dalam keseluruhan pasaran menjadi lebih baik susulan aktiviti pembelian semasa harga murah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.94 mata kepada 1,442.14 daripada 1,439.20 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.45 mata rendah kepada 1,438.75 sebelum bergerak di antara 1,437.98 dengan 1,443.46 sepanjang dagangan hari ini.



Keseluruhan pasaran berubah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 410 berbanding 398, manakala 486 kaunter tidak berubah, 1,082 kaunter tidak diniagakan dan 61 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.99 bilion unit bernilai RM1.85 bilion daripada 2.80 bilion unit bernilai RM1.51 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata bursa tempatan dirangsang oleh aktiviti pembelian semasa harga murah, terutama dalam saham berkaitan komoditi.

Beliau berkata, sentimen mungkin kekal berhati-hati, dengan turun naik luaran dan potensi penjualan daripada dana asing semakin meningkat.



“Namun begitu, wajar dinyatakan bahawa penilaian semasa FBM KLCI kekal menarik.

“Kami menjangkakan indeks penanda aras mengekalkan corak mendatar dengan kecenderungan menaik sepanjang minggu ini untuk berada dalam aliran 1,430 hingga 1,450,” katanya kepada Bernama.

Pak Leng berkata, indeks-indeks serantau utama merekodkan prestasi bercampur-campur berikutan pelabur berhati-hati, menunggu Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan langkah seterusnya berhubung kadar faedah manakala Bank of Japan (BOJ) mengadakan mesyuarat dasarnya hari ini.

Selain itu, sentimen pelabur terjejas teruk ekoran sektor pembuatan China yang tidak dijangkakan merosot pada Oktober, manakala pertumbuhan bukan pembuatan pula lembap dengan ketara, katanya.



Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.11 peratus kepada 3,067.74; Kospi Korea Selatan susut 1.41 peratus kepada 2,277.99; Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.69 peratus kepada 17,112.48 dan Indeks SSE Komposit China kurang 0.09 peratus kepada 3,018.77.

Sementara itu, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.53 peratus kepada 30,858.85 susulan keputusan bank pusatnya, Bank of Japan, mengekalkan kadar faedah jangka pendek tidak berubah pada -0.1 peratus.

Di Bursa Malaysia, saham wajaran tinggi Maybank dan CelcomDigi masing-masing menambah tiga sen kepada RM9.02 dan RM4.23; Public Bank dan CIMB masing-masing menokok satu sen kepada RM4.16 dan RM5.71; Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM7.34; manakala Tenaga dan IHH Healthcare masing-masing naik empat sen kepada RM9.90 dan RM6.00.

Hong Leong Bank adalah kaunter paling untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks apabila neningkat 1.23 peratus; diikuti Petronas Gas dengan kenaikan 1.06 peratus manakala Axiata mendahului senarai rugi apabila susut 3.54 peratus.



Daripada saham aktif, Classita dan Widad masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 45 sen; Kanger susut satu sen kepada 12.5 sen; Salutica melonjak 17.5 sen kepada RM1.02 dan Impiana Hotels meningkat 1.5 sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.27 mata kepada 10,638.59; Indeks FBMT 100 naik 39.58 mata kepada 10,315.36; Indeks FBM Emas Syariah menokok 39.64 mata kepada 10,841.59; Indeks FBM ACE menambah 11.81 mata 5,017.41, dan Indeks FBM 70 melonjak 134.89 mata kepada 14,037.87.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna susut 0.39 mata kepada 550.74; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.28 mata kepada 172.4; Indeks Tenaga meningkat 4.65 mata kepada 868.29; Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 39.34 mata kepada 16,251.54, manakala Indeks Perladangan menokok 5.49 mata kepada 6,904.17.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.82 bilion unit bernilai RM1.57 bilion daripada 1.72 bilion unit bernilai RM1.28 bilion pada Isnin.



Jumlah dagangan waran sebanyak 409.72 juta unit bernilai RM65.09 juta berbanding 352.09 juta unit bernilai RM50.06 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menambah kepada 749.32 juta saham bernilai RM215.22 juta daripada 726.30 juta saham bernilai RM185.26 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 529.71 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (419.57 juta); pembinaan (91.06 juta); teknologi (152.08 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (56.29 juta); hartanah (225.73 juta); perladangan (22.38 juta); REIT (7.77 juta); dana tertutup (39,800); tenaga (129.3 juta); penjagaan kesihatan (52.41 juta); telekomunikasi dan media (34.19 juta); pengangkutan dan logistik (40.66 juta); serta utiliti (54.96 juta).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker