Syor waktu kerja anjal elak kesesakan lalulintas

Syor waktu kerja anjal elak kesesakan lalulintas

Kuala Lumpur: Masalah kesesakan trafik yang luar biasa di Lembah Klang kini menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Ia berikutan bukan sahaja membabitkan jalan biasa, tetapi lebih luar biasa kesesakan juga membabitkan lebuh raya utama yang sebelum pandemik Covid-19 menjadi alternatif kepada pengguna untuk mengelak kesesakan.

Di pusat bandar raya Kuala Lumpur, kesesakan yang dahulu dikaitkan dengan pekerja pulang ke rumah kini berlaku sepanjang hari menyebabkan pemandu terperangkap dalam perjalanan walaupun merancang keluar lebih awal.

Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie berkata, pihaknya beranggapan kesesakan itu berlaku apabila orang ramai menggunakan peluang kebebasan bergerak selepas kerajaan mengumumkan peralihan daripada fasa pandemik ke endemik.

“Jika sebelum Covid-19, orang ramai mungkin berkongsi kenderaan dengan rakan sekerja yang lain, tetapi kini memikirkan faktor keselamatan dan kesihatan membuatkan rata-rata memilih untuk memandu kenderaan sendiri.

“Selain itu, faktor lain mungkin pembukaan sektor pelancongan menyebabkan kenderaan makin bertambah terutama hujung minggu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga pelik dengan senario yang berlaku sekarang melihatkan kesesakan yang luar biasa di Lembah Klang setiap masa.

“Hujung minggu lagi bertambah sesak berikutan orang ramai mengambil peluang keluar berjalan-jalan.

“Faktor penambahan kenderaan juga mengambil kira pemilikan kenderaan setiap individu. Dilaporkan sebelum ini setiap seorang memiliki dua atau tiga kenderaan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan kerajaan akan membina tiga lebuh raya baharu bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Lebuh raya itu ialah Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway, Putrajaya–Bangi Expressway dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway.

Kementerian Pengangkutan sebelum ini mengesahkan sebanyak 31.2 juta kenderaan bermotor didaftarkan termasuk kenderaan komersial dan motosikal pada 2019.

Angka itu meningkat 3.02 juta daripada angka pada 2018 yang mencatatkan kira-kira 28.8 juta kenderaan didaftarkan.

Sementara itu, pengguna jalan raya yang dikenali sebagai Syed Ariffin mencadangkan waktu kerja anjal sebagai penyelesaian terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Di samping itu juga, perlu bas perantara antara stesen dan semua kawasan perumahan,” katanya di Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook, KA Ramli mencadangkan jadual anjal dilakukan dengan pilihan untuk bekerja dari rumah atau pejabat.

“Buat tiga hari kerja di pejabat, dua hari di rumah,” katanya. HM

Syor waktu kerja anjal elak kesesakan lalulintas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker