Zuraida nafi jumpa PM secara berasingan

Zuraida nafi jumpa PM secara berasingan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin menafikan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob secara berasingan bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri.

Sebaliknya, Zuraida berkata beliau bertemu Ismail dalam mesyuarat Kabinet pagi ini.



“Pagi ini saya hadir mesyuarat Kabinet,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas pertemuannya bersama Ismail.

Ditanya sama ada Ismail sudah memanggilnya, Zuraida hanya menjawab ringkas: “Belum”.

Terdahulu, media melaporkan Zuraida bertemu Ismail sebelum mesyuarat Kabinet itu dipercayai mengenai kedudukan beliau selepas mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Difahamkan, Zuraida sudah dua kali menyertai mesyuarat Kabinet sejak pengumumannya menyertai PBM 8 Jun lalu yang dilaksanakan secara fizikal.



Semalam, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menggesa Ismail supaya segera membuat keputusan mengenai jawatan menteri Zuraida kerana beliau sudah mempunyai calon untuk menggantikannya. Katanya, beliau sedang menunggu untuk bertemu Ismail.

Pada Ahad, Zuraida berkata, beliau berharap Ismail akan membenarkannya terus memegang jawatan itu kerana perlu menyelesaikan banyak program yang dimulakannya. FMT

Zuraida nafi jumpa PM secara berasingan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker