Mulut tak ada insurans, ini jawapan Najib kepada Salahuddin
Ini kes orang yang tak reti baca betul-betul.
Saya tak tolak kemungkinan kartel daging wujud sejak 40 tahun lalu seperti dilapor media.
Apa yang saya kata hari ini ialah memang ianya kenyataan bahawa saya tidak menerima sebarang aduan atau laporan dan media tidak pernah laporkan isu ini sepanjang masa saya PM.
Dan jika ianya dilaporkan atau kita terima aduan masa itu, kita akan bertindak tegas sebab ini isu berat.
Dan ianya juga kenyataan bahawa setelah media Asia Sentinel mendedahkan isu ini pada bulan Oktober tahun lepas, Menteri dan Timbalan Menteri Jaga Agama pernah tolak tuduhan skandal ini manakala ketua SPRM lantikan PH pernah kata dia akan siasat tuduhan ini (tapi kekanda dedah semalam bahawa SPRM tak pernah siasat).
Tapi nampaknya tiada tindakan diambil PH masa itu dan isu pun tenggelam sehingga minggu lepas.
Berani PAN nak suruh buat RCI bagi kartel daging?
Kamu fikir kami takut ke? Sejak bila saya jual daging?
Sekarang PH baru teringat mahu buat RCI?
Apa terjadi kepada 10 janji 100 hari manifesto PH untuk buat RCI untuk 1MDB, FELDA, Tabung Haji dan MARA?
Cuba tengok tarikh artikel sebelah kiri.
Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar tentang isu kartel daging yang disyaki tidak halal sekurang-kurangnya sejak bulan November tahun lepas selepas media Asia Sentinel mendedahkannya.
“25 Nov 2019: Isu sijil halal: ‘SPRM, silakan siasat Jakim’ – Mujahid”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-sijil-halal-sprm-silakan-siasat-jakim-mujahid-223595
Kerajaan pula krik krik krik lebih setahun sehingga semalam apabila Kekanda dedah SPRM tak ambil tindakan dan tak siasat masa itu.
Kekanda juga dakwa dia pernah lakukan siasatan dalaman tapi nampaknya hasil siasatan mereka tidak diumumkan kepada Rakyat dan masalah tidak diselesaikan sehingga media melaporkan wujudnya kartel daging ini minggu lepas.
“26 Dis 2020: Isu halal jadi keutamaan saya sebelum ini, sekarang – Mujahid”
https://malysiagazette.com/2020/12/26/isu-halal-jadi-keutamaan-saya-sebelum-ini-sekarang-mujahid/
Masa saya PM, isu ini tidak timbul dalam media dan kerajaan juga tak pernah menerima apa-apa aduan/maklumat tentang isu ini walaupun media melaporkan kartel telah wujud sejak 40 tahun lalu.
Jika aduan diterima, sudah tentu kerajaan BN ambil tindakan tegas masa itu sebab ini isu berat.
Yang PH terima laporan tetapi korang membisu lebih setahun sebelum dedahkan SPRM di bawah lantikan politik PH tak ambil tindakan dah kenapa pula?
Masa itu, kenapa Salahudin Ayub sebagai Menteri PH tak tuntut RCI pula?
Yang SPRM bawah lantikan politik korang tak ambil tindakan dan korang membisu lebih setahun berhubung isu ini pula salah siapa?
NAJIB RAZAK
Kartel daging: Patut tanya Mujahid, Fuziah, Latheefa hasil siasatan – Najib
Masa jadi PM…..kau asyik dgn CASH IS KUNG. Mana ler perkara2 cam nie nak diisukan.
ALAH HAI NAJIB..SKRG BUKAN MASA JTK CARI SALAH SAPA..BN KE PH KE PN KE SEMUA 2X5 AJE..TAKDA BEZA PUN..SAPA NAK TNGG DOSA KALAU SAYA TERMAKAN DAGING BANGKAI..NON HALAL..???
SETUJU DENGAN SAUDARA..
Kenalah jawab..kalau tak nanti keluar statement “salah umno..salah najib…” Dulu boleh lah sikit2 umno.. sikit2 najib….