Pawang ular mati dipatuk ular tedung

Pawang ular mati dipatuk ular tedung

Jakarta: Malang nasib pawang ular di daerah Cisarua, Sumedang, Indonesia, apabila dia meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung selar ketika melakukan pertunjukan di khalayak ramai, baru-baru ini.

Tribun Jabar melaporkan, mangsa adalah Rosandi Maulana, 65, atau dikenali Bah Kobra.

Rosandi Maulana meninggal dunia di Hospital Sumedang beberapa jam selepas dipatuk ular itu, pada lengan kirinya.

Ketua Masyarakat Cisarua, Andrian Saputra, 29, berkata, insiden berlaku kira-kira 10 malam, Jumaat lalu.

“Bah Kobra dibawa ke Hospital Sumedang sebelum disahkan meninggal dunia sebelum tengah malam,” katanya.

Menurut Andrian, ular yang mematuk Bah Kobra dipercayai belum jinak kerana baru ditangkap dari satu kawasan.

“Ularnya baru ditangkap. Beratnya lapan kilogram (kg) dengan panjang 3.5 meter.

“Selepas insiden itu, dia dibawa pusat kesihatan masyarakat,” katanya.

Selain itu, ada acara lain berlangsung pada masa.

“Jadi tidak banyak yang beri tumpuan kepada apa yang berlaku kepada Bah Kobra,” kata Adrian.

Dalam video yang tular, Bah Kobra terbaring di lantai sambil kelihatan mengalami sesak nafas.

Difahamkan, lokasi lelaki itu dilihat terbaring seperti dalam video berkenaan adalah di pusat kesihatan masyarakat berkenaan.

Jenazah Bah Kobra dikebumikan pada Sabtu lalu.

Pawang ular mati dipatuk ular tedung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker