Mayat Santa lemas ditemui

Gambar Hiasan
Sarikei: Kanak-kanak yang lemas selepas mandi di sungai berdekatan rumah panjang Unja, Jalan Bayong/Simpang Koko,Nanga Ribong, di sini, petang semalam ditemui, malam tadi.

Mayat, Santa ak Ngali, 12, dijumpai terapung kira-kira 100 meter jarak dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, identiti mangsa disahkan oleh ahli keluarga.

“Mayat mangsa dibawa terus ke rumah panjang dan diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mandi bersama rakannya hilang selepas dihanyutkan arus sungai.

“Mayat mangsa dibawa terus ke rumah panjang dan diserahkan kepada ahli keluarga.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei menerima laporan berhubung kes ini jam 5.16 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu,mangsa yang mandi dan bersama rakan-rakannya, dibawa arus sungai.

Orang ramai dinasihatkan tidak madi di sungai ketika musim hujan kerana air agak deras.

Santa Klaus Positif Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker