Santa Klaus Positif Covid-19

Pastinya kedatangan Krismas pada 25 Disember ini akan mengingatkan kita mengenai Santa Klaus.

Namun peringatan harus diberikan jika anda mahu bergambar dengan figura penting Krismas itu. Ini dengan mengambil iktibar daripada kejadian menimpa pasangan Santa Klaus dari Georgia, Amerika Syarikat disahkan positif Covid-19.

Portal New York Times melaporkan lebih malang, pasangan itu sempat bergambar dan melayani 50 kanak-kanak lain dalam satu acara.



Pengerusi Lembaga Komisioner Long County Robert Parker berkata, pasangan itu memakai pelitup muka dalam acara berlangsung pada 10 Disember lalu.

Namun, kebanyakan kanak-kanak yang hadir termasuk anak Robert tidak memakai pelitup muka.

Pasangan Santa Klaus itu dilaporkan mempunyai gejala dan ujian saringan pada 12 Disember mengesahkan mereka positif virus itu.

Sebaik disahkan positif, pasangan itu melaporkan kejadian kepada pejabat daerah setempat dan pihak berkuasa Long County meminta kanak-kanak mempunyai kontak dengan pasangan itu supaya kuarantin diri selama 14 hari. Bagaimanapun, Robert berkata, terdapat kanak-kanak yang ke sekolah sehari selepas sesi bergambar itu diadakan.-HM

Arab Saudi sudah mula menjual pokok krismas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker