Love Scam : Pesara wanita ‘hilang’ lebih RM87,000

KUANTAN: Seorang pesara wanita di sini ditipu RM87,400 selepas terperdaya sindiket Love Scam yang menyamar sebagai lelaki warganegara Amerika Syarikat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia berusia 60 tahun berkenalan dengan suspek pada Oktober lalu, di laman sosial Facebook.

“Suspek memaklumkan akan berada di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.

“Tidak lama kemudian, suspek memaklumkan dia dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang daripada mangsa untuk menanggung kos perbelanjaan lapan orang pekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pemandu lori rugi RM52,500 ditipu sindiket pinjaman tak wujud
Mohd Wazir berkata, suspek juga mendakwa akan membayar semula wang itu selepas selesai kuarantin berkenaan.

“Mangsa memasukkan wang ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM87,400 melalui sembilan transaksi antara 30 November sehingga 18 Disember lalu.

“Suspek masih meminta memasukkan lagi wang sebanyak RM13,000, namun wanita itu enggan. Mangsa rasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. BH

Ayat cinta kebas RM6,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker