SOP Krismas 2020 bagi rumah ibadat, kediaman di kawasan PKPP

PETALING JAYA: Kerajaan SOP sambutan Hari Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian pada malam 24 Dis hingga 25 Dis, dengan syarat ketat diperkenalkan bagi mencegah dan mengawal penularan Covid-19 dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Rumah ibadat (minor basilica, cathedral, gereja, dan chapel)

1. Bilangan dan kehadiran:



  • Bilangan kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada zon, jenis rumah ibadat, dan penjarakan fizikal seperti berikut:

A. Zon hijau, kuning, dan jingga:

  • Minor basilica = 300 orang.
  • Cathedral = 300 orang.
  • Gereja besar (keluasan lebih 25,000 kps) = 300 orang
  • Gereja sederhana (keluasan 15,000 kps hingga 25,000 kps) = 250 orang
  • Gereja kecil (keluasan kurang 15,000 kps) = 200 orang
  • Chapel (keluasan kurang 10,000 kps) = 150 orang

B. Zon merah:

  • Tidak melebihi 30 orang

2. Sebelum masuk rumah ibadat:

  • Membuka kaunter saringan kesihatan penganut di pintu masuk bertujuan menghadkan bilangan kehadiran, membuat pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema. Hanya penganut yang sihat sahaja dibenarkan masuk.
  • Semua ahli jawatankuasa pengurusan rumah ibadat, ketua agama, dan petugas perlu menjalani saringan kesihatan sebelum memulakan tugas.
  • Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para penganut membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan.
  • Sediakan pendaftaran secara QR kod aplikasi MySejahtera dan dipaparkan di pintu masuk untuk tujuan “self check–in” atau daftar dalam buku kehadiran.
  • Sediakan pensanitasi tangan di kaunter pendaftaran. Memastikan pengunjung yang bergejala tidak masuk ke dewan.
  • Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitar termasuk tandas dan semua ruang sebelum acara keagamaan (sembahyang) serta kerja-kerja sanitasi. Secara am, pastikan tempat beribadat adalah mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
  • Pintu rumah ibadat hanya dibuka untuk penganut mengikut waktu operasi yang dipersetujui.
  • Petugas hendaklah mengawal pintu masuk dan memantau kehadiran penganut ke dalam rumah ibadat.
  • Tidak dibenarkan upacara atau aktiviti yang melibatkan sentuhan.
  • Sekiranya ada ahli jawatankuasa termasuk ketua agama didapati demam dan tidak sihat, mereka tidak dibenarkan untuk bertugas.
  • Penganut dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat sebelum upacara keagamaan.
  • Penganut hendaklah akur dan patuh serta memahami kepada garis panduan yang disediakan untuk mencegah penularan COVID-19.
  • Penganut yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema tidak dibenarkan hadir.
  • Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan hadir.

3. Semasa acara keagamaan dalam rumah ibadat:



  • Penganut hendaklah dengan tertib berada di tempat yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan rumah ibadat.
  • Dilarang berkumpul dalam ruang atau dewan beribadat serta patuh kepada SOP yang disediakan.
  • Sentiasa mengekalkan jarak fizikal 1 meter dan memakai pelitup muka sepanjang masa.
  • Tidak bersalaman atau bersentuhan di antara satu sama lain, sebaliknya menundukkan kepala sebagai tanda hormat.

4. Selepas acara keagamaan dalam rumah ibadat:

  • Rumah ibadat hendaklah ditutup dengan kadar segera bagi mengelakkan penganut melengahkan masa dan berkumpul.
  • Membuat rondaan dan pemeriksaan di dalam, di luar, dan sekitar perkarangan rumah ibadat untuk memastikan penganut telah beredar.
  • Melakukan pembersihan ruang dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan semua ruang selepas acara keagamaan (sembahyang) serta kerja-kerja sanitasi.
  • Sebarang pemberian makanan adalah secara berbungkus dan tidak dibenarkan makan di kawasan rumah ibadat.
  • Rumah ibadat digalak menganjurkan sesi upacara keagamaan secara maya mengikut kesesuaian dan kemampuan.
  • Penganut hendaklah terus bersurai selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan dalam keadaan tenang dan keluar melalui pintu yang ditetapkan secara tertib.
  • Penganut dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat selepas selesai upacara keagamaan.

Rumah kediaman

1. Rumah kediaman bertanah:

  • Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa.

2. Rumah kediaman strata (keluasan kurang daripada 1,500 kps):



  • Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 10 orang.

3. Rumah kediaman strata (keluasan melebihi 2,500 kps):

  • Sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dan tidak melebihi 15 orang.

4. Aktiviti “carolling”

  • Aktiviti “carolling” dari rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Ahli keluarga atau individu

  • Memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
  • Mengelakkan “3C” iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat atau tertutup (confined area), dan perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation)
  • Elak ziarah warga emas dan individu berpenyakit kronik.
  • Digalakkan memakai pelitup muka.
  • Sanitasi secara berkala hendaklah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
  • Menyediakan sabun pencuci tangan atau pensanitasi tangan.
  • Memastikan semua ahli keluarga atau individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.
  • Memastikan sajian sentiasa ditutup, bersih, dan tidak tercemar.

Aktiviti jualan atau perniagaan



  • Aktiviti jualan atau perniagaan hanya di premis yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa lain sahaja.
  • Aktiviti jualan secara dalam talian adalah digalakkan.

(Sumber: SOP Hari Krismas Semasa Tempoh PKPP di laman sesawang Kementerian Kesihatan – kemaskini 18 Disember 2020)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker