Kerajaan Persekutuan hapus kira RM2.1 billion pinjaman negeri Pahang

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan bersetuju menghapus kira pinjaman kerajaan negeri Pahang berjumlah RM2.1 bilion selepas Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Pahang.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia membabitkan pinjaman bekalan air luar bandar berjumlah RM1 bilion dan ‘novasi’ pinjaman kerajaan Pahang, kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM1.1 bilion.

Dengan menghapuskan kira pinjaman tersebut, ia dapat membantu Pengurusan Air Negeri Pahang (PAIP) menambah baik kecekapan operasinya serta berupaya memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti.

“Isu ialah syarikat-syarikat air mempunyai kekangan kewangan bagi memberi keperluan dan menyempurnakan keperluan. Oleh itu, antara isunya ialah hutang kerana pada tempoh hari, kita sudah menghapus kira-kira hutang luar bandar RM1 billion dan novasi kepada PAAB sebanyak RM1.1 billion.

“Ia bermakna Pahang dari segi bebanan hutang itu sudah diambil alih RM2.1 billion keseluruhan dengan tandatangan perjanjian ini. PAIP boleh bergerak ke hadapan untuk melihat persiapan persiapan keperluan pada masa depan.

Najib: Setiap langkah perlu ambil kira kepentingan rakyat

“Yang kedua, kita bagi tempoh untuk bayar balik selama 45 tahun, tetapi dalam masa lima bulan ini, dia tidak perlu bayar. Ini bermakna dia masih perlu susun dan kita yakin selepas itum dia mampu untuk menjelaskan hutang kepada PAAB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pahang pada Rabu.

Tambah Tuan Ibrahim, sehingga kini lapan negeri yang sudah menyempurnakan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Pahang.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker