Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali ke pangkuan Umno

Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali ke pangkuan Umno

Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya, Erwan Mohd Tahir, mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta dan kembali menyertai Umno.

Erwan berkata, keputusan itu diambil selepas melihat hanya Umno berjaya menamatkan beberapa polemik politik yang menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi semasa pandemik Covid-19.

“Saya percaya hanya Umno dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu seperti mana yang dinyatakan dalam asas dan tujuan penubuhan Umno dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya menurut laporan Umno Online.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini.

Turut bersama beliau menyertai Umno adalah kepimpinan tertinggi Bahagian Bersatu Putrajaya termasuk naib ketua bahagian, setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian, kepimpinan Wanita dan Pemuda serta lebih 120 ahli Bersatu Putrajaya.

“Kami menyatakan sokongan penuh kepada Naib Presiden Umno yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Diharapkan Perdana Menteri dapat menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. FMT

Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, kembali ke pangkuan Umno


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker