Empat beradik ‘ketum’ dicekup polis

JEMPOL: Empat beradik yang sedang leka mengisi cecair dipercayai air ketum ke dalam peket lutsinar dicekup polis dalam  operasi di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Lui Selatan, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, kesemua lelaki berusia 24 tahun hingga 36 tahun itu dipercayai menjadikan  kawasan kebun sawit berkenaan sebagai ‘port’ memasak, memproses dan membungkus air ketum berkenaan sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ketika serbuan dibuat, kesemuanya sedang leka mengisi air ketum berkenaan ke dalam peket-peket lutsinar yang kemudian diletakkan ke dalam tong plastik warna oren di bawah pokok kelapa sawit .



“‘Port’ yang terletak dalam kebun kelapa sawit di Felda berkenaan  digempur sekitar pukul 11 pagi. ‘Port’ ini dianggarkan kira-kira satu kilometer dari kawasan perkampungan tanah rancangan berkenaan.

Polis bongkar kegiatan petani raih RM60,000 sebulan menjual ketum

“Dalam serbuan ini, kami turut merampas tiga tong plastik berwarna oren, satu tong plastik berwarna biru, dua tong gas, dua dapur masak, satu bungkus plastik bertulis ‘Billion’ di dalamnya terdapat plastik-plastik kosong, satu bungkus plastik berisi getah gelang, dua alat tapis besar, empat alat tapis kain, tiga kayu mengacau, tiga jug plastik, satu tong berisi daun-daun kering yang telah direbus, satu khemah kanvas dan tali,” katanya dalam kenyataan, di sini.



Chang Hook berkata, kesemua yang ditangkap diuji saringan awal air kencing mereka dan didapati negatif.

Bagaimanapun menurutnya, dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Kesemuanya kini ditahan reman selama empat hari sehingg hingga 20 Disember dan kes disiasat di bawah Seskyen  30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Jika sabit kesalahan  suspek berhadapan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali. -UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker