Kejadian Tanah Runtuh Di Balai Polis Tongod Awal Pagi Ini

 

Kejadian Tanah Runtuh Di Balai Polis Tongod Awal Pagi Ini

KINABATANGAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Balai Polis Tongod di sini awal pagi ini, difahamkan susulan hujan yang berterusan di kawasan ini sejak Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, runtuhan menimbulkan keadaan cemas seketika dalam kalangan penghuni balai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 pagi.

Menurutnya, anggota BBP Kinabatangan dihantar ke lokasi sejauh 156 kilometer berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian tepi pekarangan bangunan balai polis terbabit.

Foto JBPM

“Pasukan kami kemudiannya memasang sawar-sawar dan memastikan tiada kemerbahayaan lain.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tamat jam 7.05 pagi.

Foto JBPM

Kejadian Tanah Runtuh Di Balai Polis Tongod Awal Pagi Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker