Tiada bukti mencukupi isu perkauman di universiti Limkokwing

 

PARLIMEN | Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan tiada bukti mencukupi untuk membuktikan dakwaan wujud isu perkauman terhadap pengurusan Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing (LUCT).

Pada jawapan bertulis soalan Dewan Rakyat, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan Aduan IPTS-LUCT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.



“Jawatankuasa Khas ini telah meneliti maklum balas yang dikemukakan oleh LUCT serta dapatan pemeriksaan terkini yang dilakukan oleh pasukan pemeriksa JPT yang dilantik.

“Berdasarkan penelitian, didapati bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk menyatakan LUCT melakukan salah laku berkaitan dengan isu perkauman.

“Oleh itu, Jawatankuasa Khas Siasatan Aduan IPTS-LUCT merumuskan bahawa secara keseluruhannya tidak timbul isu perkauman di LUCT,” kata Noraini.

 



Dia menjawab soalan Ali Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang meminta KPT menyatakan hasil siasatan terhadap tuduhan perkauman dan penyalahgunaan kuasa oleh pasukan pengurus kanan LUCT.

Mengenai tuduhan sebilangan pensyarah di Universiti Limkokwing tidak mempunyai permit mengajar, Noraini mengakui kes itu tetapi mengatakan hal berkenaan telah ditangani.

“Jawatankuasa Khas Siasatan Aduan IPTS-LUCT mengambil maklum bahawa mana-mana pegawai IPTS yang layak boleh membuat permohonan permit mengajar mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Permohonan ini lazimnya akan disemak secara terperinci sebelum diluluskan oleh Kementerian.



“Walau bagaimanapun, sekiranya pihak IPTS didapati menyalahgunakan permit tersebut, tindakan penguatkuasaan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang dalam Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555),” katanya lagi.

Ong Kian Ming kena tuntutan saman RM50j dari LimKokWing

Bekas kakitangan LUCT telah menyuarakan bantahan terhadap universiti itu susulan kontroversi kontroversi papan iklan “Raja Afrika.”



Papan iklan itu memaparkan tulisan “King of Africa” (Raja Afrika) dan mempunyai ilustrasi pengasas LUCT, Lim Kok Wing bersama seekor cheetah, yang dipercayai di Sierra Leone, di samping gambarnya berdiri di tengah-tengah kerumunan pelajar Afrika.

Rasa tidak puas hati terhadap papan iklan itu sebahagiannya mempunyai kaitan dengan kesedaran yang kian meningkat mengenai isu berkaitan kaum, berikutan tunjuk perasaan Black Lives Matter yang diadakan di Amerika Syarikat selepas rakyat AS, George Floyd mati ketika ditahan polis.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker