Penyenaraian FGV : Bukti minit mesyuarat Muhyiddin sokong buktikan sebaliknya

Najib Razak ‘terkejut’ dengan dakwaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan FELDA disenaraikan sebagai syarikat awam, FELDA Global Ventures (FGV) pada tahun 2012.

Najib berkata minit mesyuarat Kabinet mengenai perkara berkenaan jelas menidakkan dakwaan Muhyiddin itu.

“Saya masih ingat, apabila perkara ini dibentangkan pada mesyuarat kabinet, tidak ada sesiapa yang membantah penyenaraian itu,” kata Najib yang ketika itu perdana menteri dengan Muhyiddin sebagai timbalannya.

“Malah, ramai (kalangan pemimpin kerajaan) teruja kerana sebahagian besar daripada hasil yang diperolehi menerusi penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka,” kata beliau.

Ini termasuk, pembayaran RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka dan RM40,000 sebagai pinjaman tanpa faedah untuk pembaikan rumah mereka.

Muhyiddin hari ini berkata beliau membantah penyenaraian Felda ketika itu, malah mendakwa ramai pegawai Felda dan peneroka juga tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan.

Najib berkata minit mesyuarat kabinet berkenaan akan membuktikan bahawa keputusan penyenaraian FGV dicapai dengan persetujuan sebulat suara.

“Sila periksa minit mesyuarat kabinet berkenaan (dan) ia akan membiktikan bahawa keputusan (penyenaraian) dipersetujui sebulat suara,” kata Najib.

Najib berkata susulan dakwaan Muhyiddin itu, beliau sendiri menghubungi dua bekas menteri dalam kabinetnya ketika itu dan mereka turut mengesahkan keputusan berkenaan dicapai sebulat suara pada mesyuarat berkenaan. FMT

Saya tak setuju PM dahulu senaraikan FGV, kata Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker