CEC Dap tidak berani bersuara, Teng Chang Khim kecewa

Reformasi DAP tak sampai daging

Reformasi yang dilakukan DAP hanya sampai kulit dan tak sampai daging, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Teng Chang Khim yang telah mengumumkan untuk berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan parti.

Chang Khim yang juga merupakan Exco Selangor selalu dilihat sebagai tidak sehaluan dengan pemimpin utama DAP sehingga beliau dikatakan tidak berada dalam “arus perdana” parti.

Ketika diwawancara Sinchew Daily, Chang Khim berkata, walaupun laungan reformasi telah kedengaran beberapa tahun lamanya dalam DAP, tetapi tiada perancangan rapi dijalankan.

“Dalam mengendalikan isu atau polisi yang sensitif, hanya kerja-kerja permukaan dijalankan dan kerja itu tidak cukup mendalam.

“Kerja itu termasuk asyik menyebut prinsip, keadilan, rasional dan ketelusan, tetapi apa perkembangan susulan kerja berkenaan?” tanya Chang Khim.

Jika mahu memuji diri sebagai lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), Chang Khim berkata, maka DAP harus mempunyai mekanisme yang boleh menterjemahkan hasil kerja dalam bentuk statistik untuk mengukur pelaksanaan sesuatu kerja.

“Adalah jelas bahawa parti belum mempunyai persediaan mentaliti yang mencukupi dan strategi yang dilaksanakan juga belum cukup lengkap,” katanya.

Ditanya pengunduran daripada barisan kepimpinan parti, Chang Khim berkata: “Dalam parti, saya tiada apa-apa ruang.”

Katanya, sebagai “pembangkang tunggal” dalam DAP, ia menyebabkan dia keletihan.

Ujarnya, beliau sanggup berdebat dengan pemimpin parti dalam isu-isu penting sehingga dirinya dilihat sebagai “pembangkang” dalam parti.
“Saya menjadi pembangkang selama 12 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tetapi ada juga peluang menjadi kerajaan akhirnya.
” Tetapi dalam DAP, saya menjadi pembangkang selama-lamanya, situasi ini adalah memenatkan,” katanya.

Mengulas tentang kegagalan reformasi dalaman DAP, Chang Khim berkata, selain CEC perlu memainkan peranan penting, keadaan juga bergantung kepada bagaimana pemimpin melihat keluarga Lim (Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang).

“Kalau nak berubah, maka kena berani untuk menyuarakannya. Apa gunanya hanya duduk dalam CEC dan tidak bersuara,” hujahnya.

Mengenai hubungannya dengan Kit Siang dan Guan Eng, Chang Khim berkata, ketegangan berpunca daripada pelbagai isu yang rumit dan kerana masing-masing mempunyai cara yang berbeza dalam urusan parti.

Walau bagaimanapun, Chang Khim menafikan dirinya sebagai “di luar arus perdana” dalam DAP tetapi menegaskan beliau hanya “bukan arus perdana” dalam barisan kepimpinan parti.

“Kalau saya bukan arus perdana DAP, saya tak mungkin menang dan masuk CEC selama 24 tahun,” katanya.

Menurutnya, orang “bukan arus perdana” adalah mereka yang kalah dalam pemilihan parti tetapi tetap menganggotai CEC melalui cara lantikan. MG

Kalau tidak berani bantah di Parlimen, jangan pula berani bantah di Facebook

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker