Gagal elak lori rosak, koperal maut
Gagal elak lori rosak, koperal maut
Sepang: Anggota polis berpangkat Koperal maut, selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Jalan Kota Warisan-Dengkil di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian jam 8.50 malam itu, mengakibatkan Koperal Mohd Hazziq Bohari, 35, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan IPD Sepang itu, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati Mohd Hazziq yang dalam perjalanan pulang selepas habis bertugas, menuju ke Dengkil dari arah Kota Warisan. Ketika dalam perjalanan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135, gagal mengelak sebuah lori di tepi jalan yang dipercayai rosak.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke jalan raya dan dilanggar oleh seorang penunggang motosikal lain jenis Honda EX5, yang melalui laluan sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Wan Kamarul Azran berkata Mohd Hazziq meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dan mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Katanya, penunggang motosikal berusia 34 tahun yang melanggar mangsa mengalami kecederaan di bahagian mulut dan hidung, manakala pemandu lori iaitu lelaki berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Penunggang motosikal yang cedera iaitu seorang lelaki yang juga penghantar makanan e-hailing dibawa ke Hospital Putrajaya, untuk menerima rawatan,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. HM
Gagal elak lori rosak, koperal maut
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.