Amaran pakar: Ekonomi negara terima impak negatif

Tindakan sedemikian boleh memberi impak kepada ekonomi ekoran harga saham syarikat milik kerajaan (GLC) itu kemungkinan akan jatuh sekiranya kelompongan pengurusan tertingginya tidak ditangani dengan segera.

Khazanah yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan menjadi penaung kepada syarikat-syarikat terpenting negara seperti CIMB Group Hol­dings Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Tenaga Nasio­nal Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Menurut Pensyarah Kanan Fakutli Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali, impak negatif yang lebih besar terhadap ekonomi negara boleh berlaku sekiranya kekosongan itu tidak diatasi dengan segera.

“Dalam pemerhatian saya, pergerakan pasaran saham pada hari ini agak perlahan dan ia boleh mempengaruhi saham Khazanah apabila semua ahli lembaga pe­ngarah termasuk Pengarah Urusannya meletakkan jawatan.



“Dalam jangka masa pendek, harga saham syarikat dana kerajaan itu boleh jatuh dan kesan dalam jangka masa panjang pula Khaza­nah berisiko kehilang­an pelabur sekali gus memberi amaran kepada ekonomi negara.

“Namun, risiko berkenaan boleh diatasi jika kerajaan mengambil langkah segera dengan me­lantik ahli lembaga pe­ngarah yang baharu supaya hala tuju syarikat itu dapat ditentukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, tindakan semua ahli lembaga pengarah Khazanah meletakkan jawatan mendatangkan kebimbangan kepada pelabur.

Beliau berkata, pengganti yang akan mengisi kekosongan lembaga pengarah haruslah orang yang diyakini oleh pelabur.



“Pelabur pasti berasa bimbang sama ada syarikat akan mengekalkan polisi sama atau mungkin mengubahnya bergantung kepada keputusan ahli lembaga pe­ngarah yang baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abu Sofian turut menyifatkan tindakan ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan sebagai menzahirkan satu tindakan protes.

“Mereka sewajar­nya menunggu arahan daripada kerajaan atau Perdana Menteri sendiri sebelum membuat keputusan untuk berundur.

“Jika benar pun kerajaan hendak melakukan penstrukturan dalam Khazanah, mereka sepatutnya berkhidmat sehingga tamat kontrak,” jelasnya.



Khazanah dalam satu kenya­taan kepada Utusan Online sebelum ini mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar meletakkan jawatan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutifnya, Tan Sri Mohammed Nor Md. Yusof diadakan semalam.

Utusan



Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker