PM arahkan CEO, GLC dan GLIC perlu isytihar aset pada SPRM

Semua anggota badan kehakiman akan dikehendaki mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ini adalah antara keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dalam mesyuaratnya hari ini.

“Mesyuarat turut bersetuju agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk ahli badan kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM.

“Perincian kod etika baru ini akan dibentangkan semula oleh SPRM dalam mesyuarat JKKMAR akan datang,” kata Ismail dalam satu kenyataan.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memperkukuh mekanisme pengisytiharan aset bagi anggota pentadbiran, ahli parlimen dan senator bagi meningkatkan kredibiliti dan integriti kerajaan.

“Satu kod etika baharu akan turut diperkenalkan untuk Ahli Parlimen dalam Akta 347 dengan mengambil kira pengekalan prinsip pengasingan kuasa badan eksekutif dan legislatif,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata jawatankuasa khas kabinet itu juga bersetuju untuk meminda Akta Audit 1957 bagi memperkukuh profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan ketua audit negara.

Pindaan ini adalah melibatkan peruntukan akta bagi menghalang penglibatan ketua audit negara dalam aktiviti atau jawatankuasa perkhidmatan persekutuan atau perkhidmatan negeri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker