6 Penghantar Makanan Rogol Remaja 15 tahun

Petaling Jaya: Enam lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan selepas merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kakak mangsa mengetahui kejadian itu jam 12 tengah hari, Rabu lalu, selepas mangsa mendakwa dia dirogol enam lelaki dikenalinya di sebuah hotel.

Menurutnya, sebaik menerima aduan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terus bertindak menahan suspek di kawasan Kampung Sungai Kayu Ara, di sini.

“Siasatan awal mendapati semua suspek mengaku terbabit dalam kejadian rogol itu di mana empat suspek yang ditahan berusia 20 hingga 22 tahun manakala dua lagi suspek berusia 16 dan 17 tahun.

“Bagaimanapun dua suspek itu sudah tidak bersekolah dan mereka berkerja sebagai penghantar makanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, semakan juga mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau jenayah dan dadah.

“Mangsa mengalami tekanan emosi dan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 375(b) Kanun Keseksaan,” katanya- HM

Rogol amah: Umum segera hasil siasatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker