Ahmad Faizal serah surat letak jawatan MB, seluruh exco

Adun Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.

Kata Ahmad Faizal ia diserahkan semasa dia mengadap Sultan Nazrin jam 3 petang tadi.

“[…] dan di kesempatan berkenaan saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai menteri besar Perak dan seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Paduka Seri Sultan,” katanya.



Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu berkata demikian pada sidang media khas di Laman Seri Ridzuan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, surah itu diserahkan selepas beliau menghadap Sultan Perak pada 3 petang tadi.

“Bagi pihak diri saya dan seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyampaikan rasa penghargaan tidak terhingga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, seluruh warga pentadbiran kerajaan Perak, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak.

“Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna, penuh dengan pelbagai cabaran,” katanya pada sidang media di Laman Darul Ridzuan hari ini.



[Berita lanjut menyusul]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker