Wanita Hamil Tidak Diberikan Vaksin Covid-19
LONDON – Wanita hamil di Britain perlu menunggu sehingga selepas bersalin sebelum boleh diberikan suntikan vaksin Covid-19.
Berita tersebut diumumkan selepas Britain menjadi negara Eropah pertama meluluskan vaksin koronavirus yang akan mula diedarkan minggu hadapan.
Wanita hamil di Britain tidak dapat vaksin Covid-19. – AFP
Garis panduan Kesihatan Awam England menerangkan, biarpun tiada sebarang risiko vaksin kepada kandungan dan kandungan vaksin selamat, belum ada ujian klinikal yang dibuat khusus melibatkan golongan ibu mengandung.
“Tiada bukti kukuh yang mengatakan vaksin ini seratus peratus selamat untuk digunakan oleh wanita hamil.
“Suntikan vaksin perlu ditunda sehingga ibu selamat melahirkan bayi mereka,” jelas garis panduan itu. – Agensi
[VIDEO] ‘Itu Bukan Anak Saya”, Suami Kantoikan Isterinya Curang Selama 3 Tahun Dengan Kawan Sendiri
You must be logged in to post a comment.