Mayat bayi dalam peti sejuk hotel
Mayat bayi dalam peti sejuk hotel

BANGKOK – Seorang wanita berusia 21 tahun mengaku memesan ubat pengguguran secara online dan mengambil pil tersebut di sebuah hotel di Bangkok, selepas polis menemukan mayat bayinya di dalam peti sejuk bilik penginapannya semalam, lapor laman berita Thaiger.
Wanita dikenali sebagai Katesara itu pada mulanya menghubungi pegawai dari Balai Polis Hua Mark dan melaporkan dia mengalami keguguran di sebuah hotel di Soi Ramkhamhaeng 40, daerah Bang Kapi.
Menurut Workpoint News, Katesara memberitahu polis bahawa dia telah mendaftar masuk ke hotel tersebut pada 30 Ogos lalu.
Dia dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian perut kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada 27 September dan pergi ke tandas sekitar jam 6 pagi kerana menyangka mahu membuang air besar.
Dia kemudiannya melahirkan bayi secara tidak dijangka, namun bayi berkenaan meninggal dunia semasa proses kelahiran, mengikut keterangan asalnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jafry Ariffin Kenang Pengalaman Budaya Sabah Dipersembahkan Di China
- ‘Pilih Tren Elak Trafik, Sekali Tambang Naik’ – Suraya
- Sorok, Sembunyi Dan Nafikan… PKR Ulang Modus Operandi Lama?
Dia menghubungi polis untuk meminta siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut.
Pegawai polis kemudian menemukan mayat bayi lelaki berumur anggaran sembilan bulan kandungan, di dalam beg plastik sampah yang diletakkan di dalam ruang pembeku peti sejuk bilik berkenaan, dan bukannya di dalam tandas.
Semasa pemeriksaan lanjut dijalankan, pegawai polis menemukan peket ubat kosong yang dikenal pasti sebagai Medabon di dalam laci bilik hotelnya.
Ubat tersebut digunakan untuk tujuan pengguguran dalam bidang perubatan.
Polis menyoal siasat Katesara dengan lebih lanjut, di mana dia akhirnya mengaku memesan ubat berkenaan menerusi aplikasi LINE untuk menggurkan kehamilannya sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Polemik Datang Dan Pergi, Amanah Rakyat Tetap Diteruskan – Mohd Zaidy
- Semarak Agenda Malaysia Biru, UMNO Pendang Perkasa Gerak Kerja
- Kerajaan Johor Terus Perkukuh Ekosistem Pendidikan, Berdaya Saing
Katesara berkata, dia menyimpan mayat bayi itu di dalam peti sejuk sementara menunggu siasatan polis selesai sebelum menguruskan upacara pengebumian dan pembakaran mayat.
Polis menghubungi pegawai forensik untuk menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kematian bayi berkenaan.
Pegawai penyiasat masih meneruskan usaha mengumpul bukti, dan pihak polis belum mengumumkan sama ada pertuduhan akan dikenakan terhadap wanita tersebut.
Di bawah undang-undang Thailand, pengguguran kandungan dibenarkan atas permintaan bagi tempoh 12 minggu pertama kehamilan.
Bagi kehamilan melebihi 12 minggu tetapi tidak melebihi 20 minggu, pengguguran kehamilan dibenarkan selepas menjalani sesi kaunseling mengikut tatacara yang ditetapkan.
Undang-undang berkenaan turut membenarkan pengguguran dalam keadaan tertentu seperti risiko kepada kesihatan fizikal atau mental wanita hamil, kecacatan janin yang serius, atau kehamilan yang berpunca daripada kesalahan jenayah seksual. – AGENSI
Mayat bayi dalam peti sejuk hotel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janji Politik PH Dipersoal, Anthony Loke Tak Jadi Letak Jawatan?
- Majlis Ulama UMNO Gesa Tindakan Tegas Terhadap Ajaran New Age Movement
- Belanjawan 2027: Empat Tuntutan Utama Rakyat Labuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Hukum Berdasarkan Rakaman Tular, Tunggu Fakta – Armand Azha
You must be logged in to post a comment.