Jangan teroka tanah rizab kerajaan: MB

KUANTAN – Kerajaan Pahang memberi amaran kepada rakyat supaya tidak meneroka tanah milik kerajaan secara haram di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerokaan ke atas tanah haram milik kerajaan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 426A (1) (C) Kanun Tanah Negara 1965.

“Saya seru dan ingatkan kepada semua pihak supaya tidak sesekali meneroka tanah kerajaan secara haram dan ia merupakan satu kesalahan.

“Kalau ada kawasan yang dikesan diterokai secara haram, saya akan pastikan mereka terlibat mengosongkan tanah tersebut,” katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP)di Kampung Menson, Cameron Highlands, hari ini.

Wan Rosdy berkata, Op Bertam yang diadakan selama seminggu bermula 1 Disember lalu membabitkan Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pelbagai agensi lain bagi membanteras penerokaan tanah haram di negeri berkenaan.

PPBM sertai sekretariat MN bersama Umno, PAS, kata Annuar

Menurutnya, hasil daripada Op tersebut, sebanyak 98 tanah lot yang berkeluasan 34.7093 hektar telah diterokai 128 petani telah dikesan kawasan Bertam.

“Saya difahamkan penerokaan kawasan di Bertam itu membabitkan rizab jalan seluas 5.6152 hektar (bagi Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan 6.3704 hektar (tanah kerajaan) manakala rizab Sungai pula berkeluasan 17.4059 hektar (LPS) dan 5.3178 hektar (tanah kerajaan),” katanya.

Menurutnya, petani yang terlibat didapati telah membuka khemah-khemah plastik di kawasan itu dan menjalankan kerja-kerja pertanian.

“Bila diarahkan untuk mereka mengosongkan tanah ini, mereka secara sukarela berbuat demikian. Tindakan mereka seolah-olah sudah memahami bahawa mereka meneroka tanah kerajaan secara haram.

“Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada mereka (petani) kerana memberi kerjasama baik kepada semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, Op Bertam yang diadakan pada kali ini mensasarkan kawasan yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat pada November 2014.

Kedah Bakal Negeri Terkaya di Malaysia, Teroka Mineral Bernilai RM60 Billion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker