Wanita Hamil Tidak Diberikan Vaksin Covid-19

LONDON – Wanita hamil  di Britain perlu menunggu sehingga selepas bersalin sebelum boleh diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Berita  tersebut  diumumkan selepas Britain menjadi negara Eropah pertama meluluskan vaksin koronavirus  yang akan mula diedarkan minggu hadapan.

Wanita hamil di Britain tidak dapat vaksin Covid-19. – AFP

Garis panduan Kesihatan Awam England menerangkan,  biarpun tiada sebarang risiko vaksin kepada kandungan dan kandungan vaksin  selamat, belum ada ujian klinikal yang dibuat khusus melibatkan  golongan ibu mengandung.

“Tiada bukti kukuh yang mengatakan vaksin ini seratus peratus selamat untuk digunakan oleh wanita hamil.

“Suntikan vaksin perlu ditunda sehingga ibu selamat melahirkan bayi mereka,” jelas garis panduan itu. – Agensi

[VIDEO] ‘Itu Bukan Anak Saya”, Suami Kantoikan Isterinya Curang Selama 3 Tahun Dengan Kawan Sendiri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker