Berita pelaksanaan PKPD palsu – MKN

Sebaran :

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Sri Ismail Sabri Yakob

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan telah mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di beberapa negeri seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menurut MKN, berita yang tular di media sosial menyebut PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang akan dilanjutkan bermula 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

“Ini adalah berita palsu. Jangan sebar berita yang mengelirukan. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut MKN dalam laman Facebook rasmi agensi itu. – Bernama


Sebaran :

Leave a Reply