Bekas kontraktor didakwa rompak telefon, wang RM35

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan merompak seorang warga emas berusia 65 tahun dengan bersenjatakan pisau, pada September lalu.

Soh Kee Hui, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, Kee Hui didakwa merompak dengan cara pemerasan menggunakan pisau terhadap Ong Ah Seng, 65, sehingga mengundang ketakutan bahawa dia akan dicederakan serta-merta. Ia mendorong mangsa supaya menyerahkan telefon bimbit dan wang RM35.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Jalan Manis 2, Taman Bukit Segar, Cheras di sini, pada jam 12.20 tengah hari, pada 4 September lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ego Mahathir punca ekonomi Malaysia merosot – Hoo Kee Ping

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, R Sivaraj merayu supaya diberikan ikat jamin rendah kerana sebelum ini bekerja sebagai kontraktor namun ekoran penularan Covid-19, dia hilang pekerjaan dan kini bekerja sebagai jurujual pakaian secara dalam talian.

“Dia merupakan penanggung tunggal keluarga, perlu menyara anak berusia tiga tahun bersama isteri yang tidak bekerja.

“Malah dia turut menjaga adik yang berusia 22 tahun dan mak cik yang berumur 77 tahun,” kata peguam tertuduh.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim Sabariah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi syarat tambahan dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

4 polis didakwa rompak guru RM8,550

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 19 Januari tahun depan.

Pada Oktober lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan lain iaitu menipu seorang warga emas kononnya mangsa akan dihadiahkan sebuah kereta jenis Toyota Vios membabitkan kerugian RM8,000.

Media sebelum ini melaporkan, polis Selangor menyelesaikan 46 kes tipu menang peraduan yang berlaku di pasar raya di sekitar Selangor dengan penahanan seorang lelaki berumur 41 tahun pada 17 Oktober lalu yang didakwa menjalankan kegiatan penipuan membabitkan kerugian RM456,542.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhamad Yazid Muhammad Yew dilaporkan berkata, suspek yang mempunyai dua kes jenayah lampau membabitkan kesalahan menceroboh selain pernah dipenjarakan selama tujuh tahun di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, menyasarkan mangsa warga emas berusia 65 hingga 81 tahun.

 

ADUN DAP gagal peroleh kebenaran semak penggunaan jawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker