Ubah syarat i-Sinar KWSP, kerajaan perlu tunjukkan keprihatinan

KEMARAHAN rakyat terhadap syarat dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengenai pengeluaran i-Sinar daripada Akaun 1 masih belum reda.

Sehingga hari ini, hal berkenaan hangat dibincangkan oleh rakyat Malaysia terutama dalam media sosial apabila masing-masing mengeluh dan marah dengan syarat tersebut.

Pada mereka, kerajaan tidak patut mengenakan syarat sedemikian apabila rakyat sendiri menuntut pengeluaran wang simpanan daripada KWSP untuk menghadapi tekanan ekonomi.

Pada mereka, isu pendapatan terjejas ataupun sebaliknya, tidak patut menjadi syarat utama kepada pengeluaran wang simpanan mereka.

Kerajaan perlu memahami seluruh rakyat secara global menghadapi tekanan ekonomi akibat pandemik Koronavirus (Covid-19) serta wujud kerisauan dan ketakutan mengenai situasinya yang tidak menentu.

Justeru, kerajaan digesa supaya berisikap toleransi dan prihatin terhadap situasi yang dihadapi rakyat.

“Kalau kerajaan ini prihatin dan peka kepada tuntutan rakyat, maka inilah masanya untuk mereka mengubah dan melakukan penambahbaikan pada pengumuman yang dibuat semalam oleh KWSP.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebooknya hari ini.

Terdahulu, KWSP mengumumkan syarat pengeluaran i-Sinar Akaun 1 mengikut dua kategori yang ditetapkan dengan kaedah pengeluaran bukan secara one-off.

Bagi Kategori Satu, syaratnya pencarum sudah tidak mencarum selama dua bulan berturut-turut atau mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30 peratus.

Bagi kategori tersebut, tiada dokumen sokongan diperlukan dan pemohon boleh mula memohon pada 21 Disember ini.

Kategori Dua pula, pencarum mesti membuktikan pengurangan gaji berlaku selepas 1 Mac 2020 sebanyak 30 peratus dengan mengemukakan dokumen seperti slip gaji dan notis berkenaan pengurangan pendapatan atau pemberhentian kerja.

Pemohon dalam kategori ini hanya boleh memohon mulai 11 Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, pencarum hanya akan menerima bayaran secara 1+6 iaitu RM5,000 atau RM10,000 pada bulan pertama, sementara baki akan dikreditkan setiap bulan selama enam bulan.

Bagaimanapun, Najib Razak yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat dan berjanji akan memperjuangkannya.

“Kita akan terus memperjuangkan perkara sebab inilah hasrat rakyat dan pada saya kalau kerajaan ini masih kekalkan dengan syarat-syarat yang ketat maka ini mengundang kemarahan rakyat secara berterusan,” katanya. SM

i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon

Related Articles

One Comment

  1. Datuk Seri Najib, it’s about time to take back the PM’s seat. Pls.
    Not only issues pertaining towards KWSP I-Sinar, but along the line you have clear-cut proven on many areas towards the country’s development. And, mostly are right inclined towards the RAKYAT.
    If everyone thinks rationally, it’s just these simple managerial knowledge required in managing this country.

    From my primary school days till recent years (40 plus years), the only people we recognised as our government we’re BN (Umno, MIC, MCA).
    And all opposition political party’s that has been newly established. Semua, asalnya dtg dari mana? Setahu saya, sebagai seorang Rakyat Malaysia. Hampir kesemuanya …….
    akar-umbi UMNO / MIC / MCA. (BN).

    Kita semua adalah 1 = Satu Malaysia. berpuluh puluh tahun, tiada huru hara dan masalah.

    Rgds.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker