Covid-19 : 1075 kes baru hari ini dengan 11 kematian

Sebanyak 1,075 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, sementara 948 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 495 kes diikuti Sabah (310 kes) dan Johor (78 kes).

“Dukacita dimaklumkan terdapat 11 kematian dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

#COVID19 Terkini. 3 Dis. Kes baharu 1,075 termasuk 3 kes import.

Selangor 459, Sabah 310, Johor 78, N.Sembilan 52, KL 49 dan PP 43.

🔵Kes sembuh 948
🔴11 kematian
🔴4 kluster baharu
🔵3 kluster tamat.

Status terkini COVID-19 setakat 3 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 948 kes
Jumlah kumulatif discaj: 57917 kes (83.8%)

Jumlah kes baru: 1075 kes
Jumlah kumulatif: 69095 kes
Jumlah kes aktif: 10802 kes

Kes tempatan: 1072 kes
Kes import: 3 kes

Jumlah kematian: 11 kes (11 WN, 0 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 376 kes (0.54%)

Jumlah kes di ICU: 116 kes
Pesakit intubated: 46 kes

4 kluster baru dikesan melibatkan Selangor, Sabah

Kementerian Kesihatan mengenalpasti 4 kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu membabitkan Selangor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Monsoon membabitkan Petaling, Selangor manakala kluster Jalan Kilang dan Perdana membabitkan daerah Lahad Datu, sementara kluster Jalan Kubota membabitkan Tawau, Sabah.

Berita lanjut menyusul selepas ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker