Hangat Isu Penunggang Agama & Salah Laku Penceramah Bebas, Ustaz Ebit Lew: “Setiap Orang Ada Aib”

Pendakwah Ustaz Ebit Lew mengulas isu penunggang agama dan kontroversi yang terjadi dalam kalangan segelintir penceramah sehingga membuat masyarakat memandang serong terhadap golongan ini dengan cukup cermat.

Sambil tersenyum, dengan suara yang cukup sopan dan tenang, individu yang menjadi kesayangan ramai rakyat Malaysia kerana sikap yang budiman ini sebolahnya tidak mahu memberi kenyataan yang boleh menyinggung mana mana pihak.

Meski demikian, Ebit Lew yang bertemu pihak media secara virtual dalam sidang media program miliknya, Jejak Ebit Lew yang akan ditayangkan di Astro Prima dengan berhemah mengatakan, setiap manusia waima ahli agama adalah manusia biasa.



Dan sebagai manusia biasa, semua mempunyai aib sendiri.

“Saya percaya mereka bukan mahu menggunakan agama. Tapi setiap orang ada aib sendiri kerana kita juga hanya manusia biasa. Apa yang penting, ambil peluang muhasabah diri,” ucap Ebit Lew tenang.

Tambahnya: “Macam saya, tolong doakan saya agar terus istiqamah. Saya juga tidak tahu nanti suatu hari orang sudah tidak sayang saya.”

Beliau juga mengingatkan diri dan seluruh masyarakat agar jangan berhenti untuk melakukan kebaikan dan terus belajar untuk menjadi lebih baik biarpun dihimpit kontroversi atau dikritik.



“Jika orang tidak suka, terpulang, kita tidak boleh paksa. Tapi jangan berhenti belajar dan berbuat baik,” katanya lagi sebentar tadi.

Saat ditanya bagaimana dirinya berhadapan kecaman terhadap kerja kerja kebajikan yang dilakukannya, Ebit mengungkapkan beliau akan melakukan solat sunat dua rakaat.


“Awal awal saya membuat kerja amal dan banyak orang tahu, saya memang terima banyak kritikan.

“Ya, saya sedih, tapi kemudian saya ambil masa untuk solat dua rakaat, menangis dan berdoa kepada Allah SWT.



“Saya tak boleh korbankan perasaan melakukan kebaikan hanya kerana dikritik. Jadi apa yang saya lakukan, kadang saya tidak baca komen dan teruskan usaha membantu atau membuat kebaikan. Jangan pernah berhenti berlumba lumba membuat kebaikan,” pesannya lagi.

Kini perjalanan kerja amal bersama pasukannya akan dapat disaksikan di Astro Prima menerusi program 61 episod, Jejak Ebit Lew bermula 7 Disember 2020 pukul 9 malam.

Melalui program yang mendapat tajaan bersama Beras Faiza dan Ez Qurban ini, penonton akan dapat melihat dengan lebih dekat dan eksklusif mengenai misi bantuan yang dijalankan Ebit bersama pasukannya kepada golongan yang memerlukan.



“Saya sangat bahagia kerana dapat memulakan program ini. Insya Allah ia bakal menjadi sejarah dan menjadi medium untuk menolong lebih banyak orang yang memerlukan dan mengajak berbuat kebaikan.

“Tapi apa yang paling penting semoga usaha ini dapat menjadi bekalan buat kita di sana kelak,” kata pemilik restoran dan pasaraya Elewsmart ini.-GEMPAK

Related Articles

One Comment

  1. Alhamdulillah… semoga Allah pelihara kesihatan ustaz ebit lew dan dimurahkan rezeki… aamiinn..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker