i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon

Terkini di My KMU !!!!---->

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua kategori membabitkan lapan juta ahli yang layak memohon skim i-Sinar.

KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Pemohon kategori tersebut katanya, boleh mula membuat permohonan secara dalam talian pada 21 Disember ini, dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

“Kriteria bagi Kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau;

“Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

“Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan dan Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP,” katanya dalam kenyataan tersebut, di sini pada Rabu.

Jelas KWSP, bagi Kategori 2 pula, pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021.

“Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

“Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.

“Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

“Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan,” tambah KWSP.

Menurut KWSP lagi, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Sementara, pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi, kata KWSP.

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000. Awani

Menanti Perincian Keluar KWSP, Najib Risau i-Sinar Jadi ‘i-Kecewa, i-Kencing’

One thought on “i-Sinar: KWSP umum dua kategori ahli yang layak memohon

  • December 5, 2020 at 12:58
    Permalink

    Assalamualaikum..kepada pm.mentri kewangan..KWSP..saya merayu agar permohonan isinar rm10000 d permudah kan..saya amat terkesan dengan gaji yg kecil hanya rm1100 1 bulan..dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 7 hari..jika d hitung blance gaji hanya tinggal 400 lebih sahaja..saya nak menampung keluarga mak dn ayah saya yg juga d berhentikan kerja.sekarang saya bekerja sendiri dalam 1 keluarga..gaji pula x mencukupi..dan saya dah membuat pinjaman peribadi untuk menampung kehidupan saya.pinjaman peribadi perlu bayar rm250 sebulan jika gaji saya hanya 400 lebih.apa yg saya ada jika d hitung bersih semua tanggungan saya..saya mohon agar pengeluaran KWSP bagi pegaji yg di bawah rm1000 di ambil kira dan sangat² d bantu..kerana pengeluaran KWSP ini lh penyambung hidup kami yg semakin malap.mohon kerajaan dapat membantu saya yg sangat² memerlukan bantuan KWSP ini.

    Reply

Leave a Reply