Menanti Perincian Keluar KWSP, Najib Risau i-Sinar Jadi ‘i-Kecewa, i-Kencing’

PETALING JAYA: Susulan pengumuman perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar, bekas perdana menteri Najib Razak menerusi Facebooknya mempersoalkan masih menunggu kenyataan sahih daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau menulis ringkas dengan menyatakan masih menunggu perincian terbaru i-Sinar KWSP dan berharap penantian itu tidak berakhir kekecewaan.

“Masih i-tunggu untuk perincian terbaru i-sinar KWSP. Harap-harap tak bertukar menjadi i-kecewa atau i-kencing nanti”.

Terdahulu, dalam kemas kini pada 26 November, KWSP dijangka mengumumkan perincian i-Sinar hari ini, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021.

Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terjejas, kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji.

KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan bulan ini, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.

i-Sinar merupakan kemudahan tambahan kepada program bantuan kerajaan lain dan inisiatif lain diperkenalkan KWSP ketika pandemik Covid-19, seperti pengurangan kadar berkanun syer pekerja, pengeluaran i-Lestari, dan Program Bantuan Majikan Covid-19 (e-CAP)-FMT

KWSP akan umum perincian pengeluaran Akaun 1 i-Sinar

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker