KWSP akan umum perincian pengeluaran Akaun 1 i-Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.

KWSP dalam kenyataan hari ini berkata i-Sinar, yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.



Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. Bernama

Pengeluaran Akaun 1 KWSP populis dan tidak praktikal? Ini Najib jelaskan..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker