Anak wanita Malaysia lahir di luar negara tak diberi kerakyatan atas keselamatan

Terkini di My KMU !!!!---->

Keselamatan dan kedaulatan negara disebut sebagai alasan yang mengekang anak pasangan wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tetapi dilahirkan di negara luar diberikan kerakyatan negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said memberitahu Dewan Rakyat bahawa dasar itu adalah untuk mengelakkan isu dwi kewarganegaraan di kalangan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia dengan suami asing.

“Ini kerana negara-negara lain juga mempunyai dasar anak lahir di luar negara akan mengikut warganegara bapa.

“Jadi, sebab itulah kita perlu teliti untuk mengelakkan dwi-warganegara yang diberikan kepada anak,” katanya yang juga adalah ahli parlimen Kuala Krau ketika menjawab soalan Natrah Ismail (PKR-Sekijang).

“Sekiranya yang anak itu belum mendapatkan warganegara yang mengikut bapa,maka boleh memohon mengikut Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini soal keselamatan dan kedaulatan negara yang mesti kita pastikan,” katanya.

Perlembagaan Persekutuan hanya menjamin kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh lelaki Malaysia tetapi tidak jelas berhubung anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia.

Ismail seterusnya mengesahkan bahawa Malaysia mempertahankan keraguannya terhadap Artikel 9 (2) mengenai Konvensyen PBB tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw).

Dasar itu berkaitan dengan cadangan agar negara memberikan hak wanita yang setara dengan lelaki sehubungan dengan kewarganegaraan anak-anak mereka.

Terdahulu, Natrah mempersoalkan pendirian kerajaan semasa dalam isu yang disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita Malaysia.

Bekas timbalan menteri wanita, keluarga, dan pembangunan masyarakat Hannah Yeoh sebelum ini berkata ada sekitar 40,000 permohonan yang belum selesai dari wanita Malaysia yang menuntut kewarganegaraan untuk anak-anak mereka. Mk

DAP jangan terlalu agresif campur isu kewarganegaraan, kata PAS

Leave a Reply