Tampar pemain, lesen jurulatih ditarik balik

Tampar pemain, lesen jurulatih ditarik balik

Jurulatih bola tampar yang menampar dua pemainnya tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut, terutama untuk murid sekolah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Tampar Malaysia sebulat suara memutuskan jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan menjadi jurulatih, selepas siasatan dimuktamadkan.

“Kementerian tidak akan sesekali berkompromi khususnya dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet, jhususnya yang melibatkan mereka di peringkat umur muda…apatah lagi insiden melibatkan murid sekolah,” katanya pada sidang media.

Saiful Hadee Amar, 44, memohon maaf secara terbuka selepas tular video beliau menampar dua pemain remaja, ketika beliau menjadi jurulatih untuk pasukan bola tampar wanita Melaka B-14.

Dia yang juga seorang guru berkata sedia dan reda dengan tindakan yang akan dikenakan.

Hannah berkata kejadian itu membuka mata terhadap keperluan mewajibkan semua jurulatih murid sekolah menyertai Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), bagi menyediakan persekitaran yang sihat, selamat, saling hormat-menghormati, dan bebas daripada gangguan dan penderaan.

Kementerian juga mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan memastikan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan mereka setiap dua tahun sekali, seperti yang diwajibkan. FMT

Tampar pemain, lesen jurulatih ditarik balik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker