Gerakan koperasi disaran ceburi bidang pelaburan

Gerakan koperasi disaran ceburi bidang pelaburan

Gerakan koperasi disarankan untuk merebut peluang menceburi bidang pelaburan iaitu melalui pemilikan saham dalam syarikat tersenarai awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, 90 koperasi berdaftar membuat permohonan pelaburan bernilai RM1.43 bilion kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sementara 620 koperasi menjalankan aktiviti pelaburan saham siar dengan jumlah pelaburan sebanyak RM14.31 bilion.



Menteri Kewangan menambah gerakan koperasi ini adalah antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dapat mentransformasi dan memperkasakan ekonomi masyarakat setempat.

“Justeru ia (gerakan koperasi) juga perlu meneroka model perniagaan koperasi baharu berdasarkan senario semasa bagi memastikan perolehan koperasi terus meningkat,” katanya ketika berucap di Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Katanya elemen kreativiti dan keupayaan untuk mengolah model perniagaan yang baharu perlu digerakkan oleh koperasi semaksimum mungkin dengan mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini.

“Usaha tersebut juga sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan teknologi hijau menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan mampan,” jelas beliau.



Selain itu, Tengku Zafrul berkata, gerakan tersebut perlu mengambil peluang dengan menginovasikan sektor koperasi agar tidak ketinggalan dalam apa jua peluang dan sektor-sektor baharu yang wujud selepas pandemik ini.

Sementara itu, beliau turut yakin ekonomi Malaysia mampu mencapai unjuran KDNK rasmi 2022, iaitu di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Perkembangan suku kedua yang memberangsangkan ini disumbang oleh inisiatif Bajet 2022, pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, Bajet 2021, serta dasar monetari yang berhemat. HM

Gerakan koperasi disaran ceburi bidang pelaburan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker