Sejak bila pemberian dana kepada kuil menjadi suatu hak? — MYKMU.NET

Sejak bila pemberian dana kepada kuil menjadi suatu hak?



Sebaran :

RIUH satu Kedah apabila kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk kuil dalam Belanjawan Kedah 2021.

Di India yang mempunyai penganut Hindu terbesar, pembinaan dan penyenggaraan kuil adalah tanggungjawab individu bukan tanggungjawab kerajaan.

Kepada yang tidak percaya akan kenyataan saya, sila buat carian.



Malaysia adalah negara terlalu baik dimana rumah ibadat bukan Islam didanai kerajaan.

Jika selama ini kerajaan memberi dana rumah ibadat bukan Islam, kalau kali ini tak dapat, adakah itu dinamakan penganiayaan?

Cubalah fahami kedudukan ekonomi kerajaan gara-gara wabak COVID-19.



Sudahlah kuil Hindu paling banyak di Malaysian berbanding surau dan masjid, kenapa pula perlu didanai setiap tahun?

Kedah adalah antara negeri yang paling banyak mendirikan kuil dikawasan tanah kerajaan berbanding surau dan masjid.

Saya fikir toleransi kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri teramat tinggi.



Sudahlah tanah kerajaan digunakan bagi pembinaan kuil tanpa kebenaran, bantuan pula disediakan bagi tujuan penyelenggaraan.

Bekas exco, Pemuda MIC kritik belanjawan Kedah isu ‘dana’ kuil

Bila kerajaan nak ambil balik tanah bagi tujuan pembangunan, maka berlakulah kejadian seperti di Subang Jaya.

Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan Allahyarham Adib.



Sehingga hari ini, Allahyarham yang juga berasal daripada Kedah, belum mendapat pembelaan.

Justeru, kita jadi hairan apabila ultra kiasu membangkitkan kekesalan isu ketiadaan peruntukan terhadap rumah ibadat bukan Islam di negeri Kedah dalam belanjawan yang dibentangkan minggu lepas.

Ultra kiasu berkata, tidak pernah kita dengar mana-mana kerajaan negeri Kedah sebelum ini menolak peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam.



Bermula dengan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan semua memberi peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam.

Sejak bila pendanaan menjadi hak setiap tahun?

Selama ini, kuil didanai oleh kerajaan. Cuba kamu pergi ke kampung-kampung, lihat surau mereka dan surau orang asli, air matapun nak menitik apabila melihatnya. Sedangkan mereka lebih berhak.

Sejak bila pula kerajaan melayan orang bukan Melayu (India) sebagai “warga kelas ketiga” seperti yang didakwa ultra kiasu ini?

Ahli politik, Penceroboh Tanah & Isu Rasis – Mantan Ketua Hakim Negara

Kuil Hindu jauh lebih banyak didirikan berbanding masjid dan surau. Dimana benarnya dakwaan warga kelas ketiga itu?

Ini menunjukkan mereka dilayan seperti kelas pertama.

Bersyukurlah. Tak usahlah tiru perangai ultra kiasu. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri cukup bertoleransi kepada agama dan bangsa selain Melayu. Takkan tak nampak lagi?

Ambil contoh kuil du Subang Jaya, tempat terkorbannya Allahyarham Adib sudah cukup.

Tapak kuil baharu sudah disediakan. Hak baru pun diambil, tempat lama tak juga pindah-pindah sehingga ke hari ini. Kiri kanan dapat.

Mana nak jumpa toleransi dan kebaikan seperti ini? Pergilah ke negara lain buat perbandingan.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia. Bersyukurlah. Jangan terlalu ultra kiasu. Sikap ini tidak membawa keharmonian antara kaum. Berpada-padalah.

Jangan membandingkan atau mempersoalkan peruntukan kerajaan untuk pembangunan Islam, kerana itu termaktub dalam Perlembagaan.

Bezakan antara hak kepada kepada yang berhak dan hak kepada yang tidak berhak, tetapi turut diberikan hak.

Bertuah sekali nasib bukan Islam duduk dalam sebuah negara Islam.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Jangan jadi mujahat, PAS-UMNO lebih tahu hati budi masing-masing


Sebaran :


Leave a Reply