Jangan jadi mujahat, PAS-UMNO lebih tahu hati budi masing-masing

Share

Ultra kiasu cukup seronok keputusan Biro Politik UMNO tarik diri dari PN

SEORANG wartawan veteran tua, beberapa ahli politik ultra kiasu,  sibuk berpolitik, bercerita sana sini, tegur sana sini.

Kritik PAS, kritik UMNO. Lebih-lebih lagi ultra kiasu ini cukup seronok dengan  keputusan Biro Politik UMNO yang mahu menarik diri daripada PN. Ultra kiasu ini cukup suka PN dan MN berpecah, supaya mereka boleh memerintah  dan mendapat kerusi menteri semula.

Peliknya parti lain tidak pula ditegurnya. Tak diulas pun tentang pertemuan pemimpin yang disokongnya, dengan YDPA, dan bolak balik yang berlaku dalam kalangan ultra kiasu.

Semua orang kenal siapa veteran tua dan ultra kiasu ini. Biarlah dia nak cakap apapun. Shhh…

Pokoknya, UMNO dan PAS jangan goyah dan peduli dengan psywar dia ni. Teruskan kerja-kerja  menyatu, jangan jatuh semula. Perebutan kuasa memang biasa berlaku.

Pokoknya, bagaimana nak sedarkah semua, supaya berpada-pada dalam merebut kuasa. Jangan sampai kampung tergadai lagi.

Fahami Politik Pendidikan Cina Secara Menyeluruh

Tidak dinafikan wujud masalah antara UMNO dengan PPBM. UMNO parti besar, PPBM parti kecil. Sama seperti PAS dengan PAN. PAS parti besar, PAN parti kecil.

Memang tidak logiklah, parti kecil, mendapat lebih kuasa daripada parti besar.

UMNO sudah mula merasainya. Sudah tentu UMNO kecewa bagaimana sebagai sebuah parti besar, diketepikan, berbanding parti kecil.Set featured image

UMNO cuba sedarkan PAS yang masih berada dalam PN.

Cuba PAS bayang posisi UMNO. Antara PAS dan PAN. PAN sebuah parti kecil, tiba-tiba bergabung, diberikan kuasa lebih daripada PAS selaku parti besar. Apa rasanya?

Inilah masalah politik Melayu yang perlu diselesaikan segera jika tidak mahu ultra kiasu memerintah semula.

Penyatuan dua parti politik Melayu Islam amat besar kesannya dalam mencorakkan politik Malaysia.

Buktinya semakin jelas dalam PRN Sabah baru-baru. Dengan keputusan PAS tidak bertanding, kesannya begitu dirasai. Bukan sahaja kepada kawasan majoriti Islam tetapi juga kawasan majoriti bukan Islam yang dimenangi tipis oleh PBS dan STAR.

Bukit St Paul: Tukar nama Cina mungkin ultra kiasu senyap?

Kuasa ‘king maker’ memang tidak boleh dinafikan sama sekali antara kedua parti ini.

Keputusan PAS tidak bertanding, menurut sesetengah penyelidik, memberikan kesan dan kemenangan kepada PN dan MN (UMNO).

Ini menunjukkan, UMNO dan PAS memberikan signifikan besar kepada politik Malaysia. Jika politik Sabah boleh berubah, inikan pula Semenanjung.

Sudah tentu banyak parti yang iri hati dan ingin cuba memecahkannya.

Jika benarlah, perkara yang di bawah ini, yang dihantar kepada saya membawa kepada perpecahan kepada parti-parti Melayu Semenanjung, yang menjadi UMNO, selaku parti besar marah, maka PAS, selaku juga parti besar dan PPBM yang memegang tampok pemerintahan, perlu melakukan muhasabah. Teliti satu persatu kebenarannya sebelum nasi menjadi bubur

KENAPA UMNO MARAH?

Punca UMNO beri kata dua pada PPBM:

1. Majlis Presiden tidak diwujudkan dalam perbincangan isu negara dan pembuatan keputusan;

2. Wang rakyat masih digunakan untuk tujuan bailout syarikat besar yang menguntungkan pemilik modal yang sudah sedia kaya, tindakan ini dilihat membelakangkan kepentingan ekonomi rakyat, contohnya  kes UEM-Sunrise bail-out;

3. Syarikat penerbangan swasta, Air Asia diberi pinjaman berjumlah RM1bilion dengan jaminan kerajaan, dan pada masa yang sama Syarikat Penerbangan MAS milik Kerajaan seperti diabaikan. Tindakan ini juga dilihat sebagai memberi tongkat kepada pemilik modal yang sudah sedia kaya raya tetapi masih tidak jelas apa akan berlaku kepana nasib pekerja;

5. RUU355 diabaikan oleh kerajaan;

6. Isu lantikan CEO Hotel Movenpick dibawah Tabung Haji;

7. Isu Adib tidak disegerakan;

8. Pandemik Covid-19 tidak wajar dijadikan alat politik;

9. Hentikan politik jijik beli-membeli dan mengajak Ahli Parlimen lompat parti.

Hal-Hal ekonomi juga turut diabaikan

Kerajaan tidak berani untuk meningkatkan stimulus dan melaksanakan dasar fiskal yang cukup bagi menampung penguncupan ekonomi yang berlaku akibat pandemik. Kerajaan masih tertakluk kepada dasar ekonomi konservatif.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pemerhati politik 

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

Leave a Reply