Mendoza , mana-mana rancak

Mendoza , mana-mana rancak

Mana mana rancak, Mendoza. Itu antara gurauan penyokong bola sepak tempatan selepas menyaksikan ketangkasan penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza pada final Piala Malaysia, kelmarin.

Penjaga gol dari Filipina itu menjadi antara watak penting buat skuad Warga Kota pada aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Aksi hebat penjaga gol kelahiran Denmark itu yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad Harimau Selatan membantu mereka menamatkan penantian 32 tahun untuk merangkul trofi keagungan itu.

Malah, aksi final itu menukar status penjaga gol berusia 27 tahun itu kepada selebriti ‘ segera’ dalam hanya satu malam.

Ini selepas pengikut di laman Instagramnya berkembang lebih 10 kali ganda selepas kelibatnya pada aksi final itu mencuri tumpuan khususnya dalam kalangan peminat wanita.

Sebelum beraksi di final, pengikut Instagramnya hanya sekitar 6,000 namun tiga hari selepas final, dia kini diikuti lebih 110,000 pengikut di laman media sosial itu.



Kemaskini terbaharunya juga mendapatkan lebih 60,000 tanda suka serta lebih 1,200 komen.

Dia berkongsi perasaan gembiranya selepas merangkul trofi itu sambil mengucapkan terima kasih kepada penyokong KL City FC.

“Masih sukar untuk mempercayai apa yang berlaku semalam (kelmarin). Rasa bagaikan mimpi.

“Kami berjuang sebagai satu pasukan dan kami membawa pulang trofi.



“Dua gol menarik dan tidak dbolosi – saya tidak boleh meminta lebih daripada itu.

“Terima kasih penyokong kerana anda membuatkan pengalaman ini menjadi menakjubkan! BH

Mendoza , mana-mana rancak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker