Pelajar patah kaki jatuh jambatan gantung ketika cari akses internet

Usaha tiga pelajar untuk mencari akses internet bagi mengikuti kelas dalam talian berakhir dengan tragedi apabila mereka terjatuh dari jambatan gantung yang tiba-tiba runtuh di Kampung Gusi, di Ranau, Isnin lalu.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam membabitkan pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, Ranau.

Gambar jambatan dan kisah mengenai kejadian itu turut tular di Facebook, hari ini.

Difahamkan juga kawasan di sekitar jambatan gantung dengan ketinggian kira-kira 18 meter dari aras sungai itu merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet di situ.



Ketika kejadian, kesemua pelajar terbabit dikatakan berada di tengah-tengah jambatan gantung itu sebelum ia tiba-tiba runtuh.

Joachim Gunsalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang, Joachim Gunsalam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, salah seorang mangsa mengalami patah kaki dan kini dirawat di Hospital Queen Elizebeth, di sini.

“Mereka cuba mengakses internet di bahagian tertentu di jambatan gantung berkenaan,” katanya yang juga timbalan ketua menteri Sabah.

Beliau turut memaklumkan akan segera ke kampung terbabit untuk meninjau keadaan dan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat bagi membaiki jambatan itu.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker