[VIDEO] “Believe It or Not? Misteri Bunyi Ketukan Pintu Jadi Lagi, Rupa-Rupanya Keje Dia Ni..😂😂

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia sekali lagi telah digemparkan dengan misteri ketukan-ketukan pintu di sekitar kawasan perumahan. Jika sebelum ini ia berlaku di sekitar negeri Perak pada tahun lalu, kini peristiwa yang sama juga berlaku dimana ia melibatkan beberapa negeri lain seperti Sabah dan Selangor.

Lebih membimbangkan apabila kejadian misteri ini dikatakan semakin menghantui penduduk-penduduk tempatan.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang tular di laman akaun Instagram iaitu @lawakteroxs dimana terdapat sebuah rumah yang turut menjadi mangsa gangguan ketukan pintu misteri itu.

Menerusi rakaman tersebut, rumah yang memiliki pintu pagar berwarna hitam berkenaan telah ‘diketuk’ sebanyak beberapa kali. Ternyata, situasi itu telah membuatkan orang yang berada berdekatan dengan kawasan tersebut berasa seram dengan keadaan itu.

Walau bagaimanapun, setelah diperiksa rupa-rupanya terdapat seekor kucing berwarna oren yang dilihat sedang berada di rumah terbabit. Lebih melucukan apabila kucing itu juga telah ‘tertangkap’ ketika ia mengetuk pintu pagar berkenaan dengan menggoyangkan mangga yang ada pada pintu besi itu.

Setelah melihat rakaman tersebut, hampir kesemua pengguna Instagram berasa terhibur dengan situasi itu di samping tidak ketinggalan dalam meninggalkan komen-komen di ruangan akaun terbabit.

Oyen memang…

ketukan 5

ketukan 3Kucing yang…

ketukan 4

ketukan 6

Kredit: HCL

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker