[VIDEO] Maradona Selamat Dikebumikan. Penyokong Meratapi Pemergiannya

Buenos Aires: Sejumlah besar penyokong mengucapkan selamat tinggal kepada legenda Argentina, Diego Maradona sebelum dia dikebumikan di pinggir bandar.

Legenda bola sepak itu selamat dikebumikan menerusi satu majlis yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat di kawasan perkuburan Bella Vista yang terletak di pinggir bandar Buenos Aires.

Salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, pemenang Piala Dunia itu meninggal dunia Rabu lalu pada usia 60 tahun sekali gus mengejutkan seluruh dunia.

“Saya fikir Diego akan hidup selama-lamanya. Saya menjangkakan dia tidak akan mati. Sangat sedih meratapi kematian seorang yang sering memberi kegembiraan kepada kami,” kata pemandu bas berusia 63 tahun, Antonio Avila di luar tapak perkuburan.

“Dia adalah yang terbaik di dunia. Kami akan merinduinya dan kematiannya amat melukakan hati kami,” kata Diego Armando Cabral yang diberikan namanya sempena nama Maradona.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BIWKLPzRAGM[/embedyt]

Suasana tenang di tanah perkuburan jauh berbeza berbanding situasi yang kadangkala tidak terkawal di Buenos Aires.

Polis anti rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah dalam pertempuran dengan penyokong Maradona yang membaling batu ketika berkabung meraikan pemergian legenda itu.

Berpuluh ribu orang berbaris seawal pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Maradona yang diletakkan di dalam keranda dibaluti bendera Argentina dan jersi nombor 10 di Istana Presiden.

Selepas menunggu lama, penyokong mula hilang kesabaran sehingga memaksa anggota keselamatan mengalihkan keranda Maradona ke tempat lain sebagai langkah keselamatan.-BH

Foto: CNN

Selamat Jalan Buat Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker